Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pickleball eratkan silaturrahim dan interaksi di Limbang
  • SUKAN

Pickleball eratkan silaturrahim dan interaksi di Limbang

Utusan Sarawak 14 hours ago
ERAT SILATURRAHIM….(Dari kiri) Samuel Lee, Alfonso Franklin dan jawatankuasa Persatuan Pickleball Limbang bergambar bersama pasangan juara pertandingan.

LIMBANG: Seramai 20 pasukan dengan 40 pemain menyertai pertandingan pickleball sempena sambutan Hari Sukan Negara 2025 di Dewan Suarah Limbang baru-baru ini.

Pengerusi Persatuan Pickleball Limbang, Alfonso Franklin berkata, pertandingan itu dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang.

“Objektif utama pertandingan ini adalah menyediakan platform kepada peminat pickleball untuk bertanding dan berinteraksi, selain mempromosikan sukan yang masih baharu ini kepada masyarakat Limbang,” katanya dalam sidang media hari ini.

Naib Pengerusi Persatuan Pickleball Limbang, Samuel Lee dan jawatankuasa tertinggi lain turut hadir pada pertandingan tersebut.

Alfonso menambah, pihaknya akan terus merancang pelbagai aktiviti berkaitan pickleball untuk memastikan sukan ini berkembang dan mendapat tempat di hati masyarakat setempat.

Pasangan Arthur Antonio Kahti dan Hii Mon Nie dinobatkan sebagai juara pertandingan.

Pertandingan berlangsung bermula 2.00 petang hingga 9.00 malam dengan suasana meriah dan penuh semangat kesukanan. Para peserta memanfaatkan peluang ini untuk meningkatkan kemahiran serta menjalin hubungan erat melalui perlawanan persahabatan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Terbuka Perancis: Aaron-Wooi Yik bakal bertemu Yew Sin-EE Yi rebut slot suku akhir
Next: Terbuka Perancis: Tang Jie-Ee Wei, Soon Huat-Shevon ke suku akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.