Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Timbalan Pengarah JPJ Sarawak adakan lawatan kerja ke JPJ Cawangan Betong
  • Selatan
  • WILAYAH

Timbalan Pengarah JPJ Sarawak adakan lawatan kerja ke JPJ Cawangan Betong

Utusan Sarawak 14 hours ago
Nor Azlan Ibrahim semasa mengadakan lawatan kerja rasmi ke JPJ Cawangan Betong, hari ini. Foto: JPJ Negeri Sarawak

BETONG: Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak, Nor Azlan Ibrahim mengadakan lawatan kerja rasmi ke JPJ Cawangan Betong bagi meninjau pelaksanaan tugas serta memahami cabaran yang dihadapi anggota di lapangan.

Lawatan tersebut turut bertujuan memperkukuh hubungan antara kepimpinan jabatan dengan warga kerja di peringkat akar umbi serta memastikan mutu perkhidmatan jabatan sentiasa berada pada tahap terbaik.

Dalam sesi perjumpaan bersama warga JPJ Betong, Nor Azlan menyampaikan amanat agar semua pegawai dan anggota sentiasa cakna terhadap tanggungjawab masing-masing selain mengekalkan disiplin serta komitmen tinggi dalam setiap tugasan yang dilaksanakan.

Nor Azlan Ibrahim semasa mengadakan lawatan kerja rasmi ke JPJ Cawangan Betong, hari ini. Foto: JPJ Negeri Sarawak

Beliau turut menekankan kepentingan semangat kerja berpasukan dan menyeru agar semua anggota terus memperkukuh kerjasama bagi mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan oleh jabatan.

“Setiap anggota memainkan peranan penting dalam memastikan perkhidmatan JPJ kekal efisien dan berintegriti demi kepentingan rakyat,” katanya.

Seramai 17 pegawai dan anggota JPJ Cawangan Betong hadir dalam sesi itu yang diketuai oleh Ketua Cawangan, Jeffery Alfrida.

Lawatan tersebut dilihat sebagai platform penting dalam memperkasakan semangat kerjasama, integriti serta budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga JPJ di seluruh negeri.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tiada penyelewengan kuantiti minyak RON95 dikesan di Bintulu
Next: Konvoi solidariti 60 motosikal ziarah pusara arwah Zara Qairina di Sipitang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.