
SIBU: Kunjungan hormat Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak Bahagian Sibu ke Penjara Pusat Sibu (PPS) semalam mencerminkan komitmen kedua-dua agensi dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik bagi meningkatkan mutu dan keberkesanan perkhidmatan awam.
Rombongan diketuai oleh Pegawai Syariah Mahkamah Tinggi Syariah Sarawak Zon Tengah, Abdul Rahman Mohamad Shokri bersama-sama sembilan pegawai, telah disambut mesra oleh Pengarah PPS, Celestine Jubang Paul serta beberapa pegawai lain.
Aturcara kunjungan dimulakan dengan sesi suai kenal antara kedua-dua pihak, diikuti pembentangan dan penerangan ringkas mengenai fungsi serta peranan Penjara Pusat Sibu (PPS), termasuk kaitan dan hubungan strategik dengan Jabatan Kehakiman Syariah.
Kunjungan ini disambut baik dan dilihat sebagai satu usaha positif dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi.
Diharapkan hubungan ini akan terus diperkasa demi kelangsungan perkhidmatan yang lebih berkesan dan menyeluruh pada masa akan datang.
Oleh Akun Giman