Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tesla panggil semula 13,000 kenderaan elektrik akibat kegagalan penyentuh bateri
  • GLOBAL

Tesla panggil semula 13,000 kenderaan elektrik akibat kegagalan penyentuh bateri

Utusan Sarawak 11 hours ago
TESLA memanggil hampir 700,000 kenderaan atas sistem amaran tekanan tayar. Isu ini ditemui pada beberapa kenderaan Model Y 2025 dan beberapa kereta Model 3 2026.

ISTANBUL: Gergasi kenderaan elektrik (EV) Amerika Syarikat (AS) Tesla memanggil semula kira-kira 13,000 kenderaan Model 3 dan Model Y 2026 kerana masalah pada komponen pek bateri, umum Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan Amerika Syarikat (NHTSA) pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi.

“Tesla, Inc. (Tesla) memanggil semula kenderaan Model 3 2025 dan Model Y 2026 tertentu. Penyentuh pek bateri mungkin gagal berfungsi, menyebabkan kehilangan kuasa pemanduan,” menurut NHTSA dalam satu kenyataan.

NHTSA memberi amaran bahawa kegagalan penyentuh pek bateri dan kehilangan kuasa yang berpunca daripadanya boleh meningkatkan risiko kemalangan.

Menurut kenyataan itu, hampir 13,000 kenderaan berpotensi terjejas akibat panggilan semula itu.

Ia menambah bahawa Tesla akan menggantikan penyentuh itu secara percuma dan surat pemberitahuan dijangka dihantar kepada pemilik kenderaan pada 9 Disember.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Timbalan Menteri Kewangan Thailand letak jawatan, didakwa terlibat rangkaian penipuan
Next: Ribut Benjamin dijangka bawa hujan lebat, angin kencang ke UK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.