Pesawat bawa PM Australia buat pendaratan kecemasan di Missouri – Laporan

Facebook
WhatsApp
PERDANA Menteri Australia, Anthony Albanese. Foto AFP

MOSCOW: Perdana Menteri Australia Anthony Albanese terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Amerika Syarikat (AS) selepas seorang anggota kru cedera di dalam pesawat, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik penyiar Australia, SBS.

Albanese dalam perjalanan pulang ke Australia selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden AS Donald Trump.

Pesawat perdana menteri itu membuat pendaratan kecemasan di St Louis, Missouri, pada Selasa malam waktu tempatan, kata SBS, sambil menjelaskan yang terdapat kejadian yang melibatkan seorang anggota kru Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) di dalam pesawat.

Anggota kru itu cedera akibat objek yang jatuh dari peti simpanan di atas kepala, menurut SBS dan mangsa mungkin mengalami gegaran otak dan dibawa ke hospital di St Louis.

Pesawat Albanese dijangka menyambung semula penerbangannya ke Australia selepas mengisi minyak.- Bernama-Sputnik/Ria Novosti

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara