Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sistem keselamatan Muzium Louvre berfungsi seperti biasa – Menteri Perancis
  • GLOBAL

Sistem keselamatan Muzium Louvre berfungsi seperti biasa – Menteri Perancis

Utusan Sarawak 1 day ago
ORANG ramai berkumpul di luar Muzium Louvre yang ditutup selepas berlakunya rompakan dan pengosongan muzium tersebut, di Paris pada 19 Oktober 2025. Foto AFP

PARIS: Susulan kecurian melibatkan barang kemas bersejarah dari Muzium Louvre di Paris, Menteri Kebudayaan Perancis Rachida Dati menafikan wujud sebarang masalah pada sistem keselamatan muzium berkenaan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Adakah langkah keselamatan Louvre gagal? Tidak, ia tidak gagal. Itu fakta. Sistem keselamatan berfungsi,” kata Dati semasa sesi soal jawab di Parlimen pada Selasa.

Muzium berkenaan telah dikosongkan dan ditutup pada Ahad selepas empat pencuri bertopeng menceroboh masuk ke Galeri Apollo, tempat mahkota bertatahkan permata disimpan.

Pencuri bertindak melarikan lapan barang kemas yang pernah dimiliki oleh ratu dan maharani Perancis.

“Pemeriksaan terhadap fungsi sistem penggera masih dijalankan,” menurut pejabat pendakwa raya Paris awal Selasa.

Menurut siasatan awal, isu yang sedang disiasat ialah sama ada sistem penggera berbunyi sebaik pencuri memasuki dewan pameran atau hanya beberapa saat sebelum mereka melarikan diri melalui tingkap yang sama digunakan untuk masuk.

Ahli sejarah dan pengasas majalah seni dalam talian La Tribune de l’Art, Didier Rykner, mendakwa bahawa sistem penggera pada tingkap yang terlibat telah dikenal pasti bermasalah sebulan lalu.

Beliau memetik sumber dalaman di Louvre termasuk seorang pegawai kanan, namun menambah bahawa tidak jelas sama ada kerosakan itu telah dibaiki sebelum kejadian.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Kereta api terpantas di dunia rekod kelajuan 453 km/j
Next: Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud landa wilayah pantai Ecuador

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.