Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jambatan Batang Lupar 2 capai 72.57 peratus siap, dijangka siap Mac 2026
  • Tengah
  • WILAYAH

Jambatan Batang Lupar 2 capai 72.57 peratus siap, dijangka siap Mac 2026

Utusan Sarawak 1 day ago

DATU Dr Cassidy Morris semasa lawatan kerjanya ke tapak projek pembinaan Jambatan Batang Lupar 2 bagi meninjau perkembangan terkini pelaksanaan projek mega tersebut, hari ini. Foto: Facebook JKR Sarawak

SIMANGGANG: Projek Jambatan Batang Lupar 2 kini mencapai kemajuan fizikal 72.57 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2026, sekali gus menjadi pemangkin utama kepada peningkatan jaringan pengangkutan di kawasan pesisir Sarawak.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Datu Dr Cassidy Morris berkata demikian semasa lawatan kerjanya ke tapak projek berkenaan bagi meninjau perkembangan terkini pelaksanaan projek mega tersebut, hari ini.

Beliau berkata, projek jambatan sepanjang 870 meter dengan reka bentuk ‘cable-stayed’ itu turut merangkumi pembinaan jalan sambungan sepanjang kira-kira 2.2 kilometer di kedua-dua arah bagi memastikan kesinambungan rangkaian jalan raya utama di kawasan terbabit.

“Setiap aspek keselamatan, kualiti dan kemajuan kerja perlu sentiasa berada pada tahap optimum agar projek ini dapat disiapkan mengikut jadual,” katanya sambil menzahirkan kepuasan terhadap komitmen semua pihak terlibat.

Cassidy turut memuji penggunaan tenaga kerja tempatan oleh pihak kontraktor yang bukan sahaja membantu merancakkan ekonomi setempat, malah membuka ruang kepada pemindahan teknologi dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan infrastruktur bertaraf tinggi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada jurutera tapak, kontraktor dan perunding atas dedikasi serta kerjasama erat mereka dalam memastikan projek berjalan lancar.

Projek Jambatan Batang Lupar No. 2 dijangka menjadi mercu tanda baharu wilayah tengah Sarawak, sekali gus meningkatkan konektiviti antara Bahagian Betong, Sri Aman dan Samarahan, serta menyokong pembangunan sosioekonomi melalui jaringan jalan raya yang lebih efisien dan selamat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kursus Pengurusan Penternakan Babi tarik penyertaan ramai di UPM Sarawak
Next: JPBB Sri Aman siapsiaga hadapi fasa peralihan Monsun Timur Laut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.