Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Persatuan Ulama Sarawak dan Jawatankuasa Induk Lan Berambeh Anak Sarawak
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Persatuan Ulama Sarawak dan Jawatankuasa Induk Lan Berambeh Anak Sarawak

Utusan Sarawak 23 hours ago
Ketibaan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi di Astana Negeri, pagi tadi. Foto JAPEN

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah menerima dua kunjungan hormat di Astana Negeri, pagi tadi.

Kunjungan hormat pertama adalah daripada Persatuan Ulama Sarawak yang diketuai Yang Di Pertua Persatuan Ulama Sarawak (ITTIHAD) Datu Ustaz Mohamed Ali Mohamed Sheriff.

Tujuan kunjungan hormat adalah untuk memperkenalkan ahli ITTIHAD serta untuk memaklumkan kepada Tun Wan Junaidi sejarah penubuhan ITTIHAD.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi meneliti buku sejarah penubuhan dan aktiviti ITTIHAD. Foto JAPEN

Penubuhan ITTIHAD bertujuan menyatu dan meninggikan taraf ulama Sarawak dalam masyarakat serta menggembleng tenaga mereka untuk menegakkan syariat Islam serta mengembangkan ajaran Islam dengan menggiatkan kerja-kerja dakwah, penyelidikan dan penerbitan.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua ITTIHAD, Ustaz Dr. Syed Abdul Aziz Datuk Wan Hamid Edruce, Setiausaha ITTIHAD, Ustaz Muhammad Adib Saini, Ahli Jawatankuasa ITTIHAD, Datu Ustaz Khalidi Ibrahim, Ustaz Mohammad Ihsan Haidzir, Ustazah Sharifah Nooraida Wan Hasan, Juru Audit Dalam ITTIHAD, Ustaz Izwan Syafrein Ibrahim dan Ahli Berdaftar ITTIHAD, Ustaz Ahmad Sukarno Saini.

Seterusnya, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Induk Lan Berambeh Anak Sarawak 2025 yang diketuai oleh Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Kapit dan Pengerusi Jawatankuasa Induk Lan Berambeh Anak Sarawak 2025 (LBAS 2025), Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi.

Alexander menyerahkan warkah jemputan ke Majlis Makan Malam LBAS 2025 kepada Tun Wan Junaidi. Foto JAPEN

Pada kunjungan hormat ini, Alexander serta rombongan menjemput Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah untuk menghadiri Majlis Makan Malam Anak Sarawak 2025 pada sebelah malam 25 Oktober 2025 di Malaysia International Trade & Exhibition Centre, (MITEX) di Kuala Lumpur.

Antara pengisian program LBAS 2025 ialah Pelancaran Sarawak Expo 2025 pada 8.30 pagi oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dan Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Amar Fadillah Yusof manakala Sarawak Agenda Townhall bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan diadakan pada 11.30 pagi.

Pada sebelah petang pula akan diadakan program Meet & Greet-Kampung Pavilion dan Kenyalang Speech. Program LBAS 2025 ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sesama anak Sarawak serta memberi peluang kepada mereka untuk beramah mesra bersama pemimpin Sarawak.

Hadir sama Timbalan Menteri Ekonomi yang juga Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib, Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli, Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi, Ahli Parlimen Serian, Dato’ Sri Richard Riot Jaem dan Timbalan Ketua Projek Lan Berambeh Anak Sarawak 2025, Nur Aisyah Eiryeeza Sabri Waini. -JAPEN

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerjasama bomba, masyarakat efisien tangani kes kecemasan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.