Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua sahabat gagal sembunyikan syabu dalam operasi polis di Lawas
  • JENAYAH

Dua sahabat gagal sembunyikan syabu dalam operasi polis di Lawas

Utusan Sarawak 1 day ago

POSITIF DADAH… Dua lelaki ditahan polis, seorang daripadanya mempunyai empat kesalahan lampau berkaitan dadah.

LAWAS: Dua lelaki tempatan berjaya ditahan dalam operasi dadah selepas cuba menyembunyikan dadah jenis syabu di dalam sebuah kereta yang mereka naiki di tepi Jalan Trusan, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, berkata kedua-dua suspek berusia 30 dan 33 tahun ditahan pada 3.30 petang kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Polis menemui keratan straw dan peket plastik yang disyaki mengandungi dadah jenis syabu dengan anggaran berat 3.65 gram.

“Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui keratan straw dan peket plastik yang disyaki mengandungi dadah jenis syabu dengan anggaran berat 3.65 gram.

“Ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Liong, semakan rekod lampau menunjukkan seorang suspek mempunyai empat kesalahan berkaitan dadah, manakala seorang lagi tiada rekod kesalahan lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Samarahan police arrest man for theft and drug possession
Next: Lundu Narcotics team arrests man, seizes drugs worth RM12,400

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.