Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Lubok Antu perkukuh siap siaga hadapi musim MTL
  • WILAYAH

APM Lubok Antu perkukuh siap siaga hadapi musim MTL

Utusan Sarawak 1 day ago
LATIHAN pasukan bulanan APM Lubok Antu bagi bulan Oktober itu diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Melayu, Lubok Antu, melibatkan seramai 29 peserta. Foto APM Lubok Antu

LUBOK ANTU: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Lubok Antu melaksanakan latihan intensif selama dua hari sebagai langkah proaktif memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) yang bakal tiba.

Latihan Pasukan Bulanan bagi bulan Oktober itu diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Melayu, Lubok Antu, melibatkan seramai 29 peserta terdiri daripada pegawai tetap, jurulatih dan Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

Program latihan merangkumi komponen utama seperti perbarisan pagi, tatacara pengisian buku log, pelaporan bencana dan MERS 999, pengurusan barang operasi, fotografi mudah alih, pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPPS) serta simulasi pengurusan bencana berasaskan situasi sebenar termasuk pemindahan mangsa banjir, kemalangan jalan raya, kes sakit dan lemas.

LATIHAN pasukan bulanan APM Lubok Antu bagi bulan Oktober itu diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Melayu, Lubok Antu, melibatkan seramai 29 peserta. Foto APM Lubok Antu

Pegawai APM Daerah Lubok Antu, Leftenan Desem Samuel, berkata latihan tersebut bukan sekadar pengukuhan rutin bulanan tetapi juga sebagai langkah awal mempertingkat kecekapan dan disiplin anggota menjelang musim MTL yang dijangka membawa hujan berterusan serta risiko banjir di beberapa kawasan rendah daerah itu.

“Kami mahu setiap anggota benar-benar bersedia, cekap dan tangkas bertindak di lapangan apabila bencana berlaku. 

“Latihan ini juga menguji kemampuan pengurusan dan komunikasi semasa operasi sebenar,” katanya.

LATIHAN pasukan bulanan APM Lubok Antu bagi bulan Oktober itu diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Melayu, Lubok Antu, melibatkan seramai 29 peserta. Foto APM Lubok Antu

Beliau menambah, penggunaan alat bantuan mengajar interaktif dan kuiz santai turut diadakan bagi menjadikan sesi latihan lebih menarik serta meningkatkan penglibatan anggota secara menyeluruh.

Latihan berakhir dengan simulasi penuh operasi bencana, sekali gus menzahirkan komitmen APM Lubok Antu memastikan kesiapsiagaan berada pada tahap tertinggi dalam melindungi keselamatan rakyat menjelang musim tengkujuh yang bakal melanda.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Lubok Antu ambil tindakan pantas pastikan keselamatan penduduk
Next: Projek PMR 2025 bawa manfaat kepada penduduk Rumah Kam Gaing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.