Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • BDA-FORCA jalin kerjasama strategik sempena Karnival Makanan Bintulu 2026
  • TEMPATAN

BDA-FORCA jalin kerjasama strategik sempena Karnival Makanan Bintulu 2026

Utusan Sarawak 2 days ago
PENGURUS Besar BDA, Datu Muhamad Yaakup Kari menerima kunjungan hormat daripada Presiden FORCA, Datuk Kong Kung Kwong bersama barisan kepimpinan FORCA di pejabat BDA hari ini.

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) menerima kunjungan hormat daripada barisan kepimpinan Gabungan Persatuan Cina Berdaftar Bintulu (FORCA) sebagai langkah awal ke arah menjalin kerjasama strategik menjelang penganjuran Karnival Makanan Bintulu 2026.

Kunjungan tersebut disambut oleh Pengurus Besar BDA, Datu Muhamad Yaakup Kari, bersama pegawai kanan agensi di pejabat BDA hari ini.

Delegasi FORCA diketuai oleh Presidennya, Datuk Kong Kung Kwong, diiringi Timbalan Presiden merangkap Pengerusi Penganjur, Sim Siang Boo; serta Naib Presiden, Kong Fua Ching dan Lai Woon Wui; wakil Seksyen Wanita, Kwan Muk Lan, dan Bendahari, Chia Hong Ting.

Pertemuan tersebut membincangkan potensi kolaborasi antara BDA dan FORCA dalam menjayakan program komuniti berimpak tinggi yang dapat merancakkan sektor pelancongan, kebudayaan serta keusahawanan tempatan di Bintulu.

Karnival Makanan Bintulu 2026 dijangka menjadi salah satu acara tahunan utama yang bukan sahaja mempromosikan keunikan cita rasa tempatan, tetapi turut mengukuhkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di daerah ini.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: JBPM Sarawak perkukuh ilmu tangani risiko kebakaran kenderaan elektrik
Next: Roy Angau ucap tahniah kepada kepimpinan baharu PRS tekad terus berkhidmat untuk rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.