Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Lubok Antu ambil tindakan pantas pastikan keselamatan penduduk
  • WILAYAH

APM Lubok Antu ambil tindakan pantas pastikan keselamatan penduduk

Utusan Sarawak 1 day ago
KEJADIAN tanah runtuh di Jalan Ulu Skrang, laluan utama penduduk ke Rumah Panjang Nanga Kujuh, Rumah Panjang Belaie dan Rumah Panjang Darai, semalam. Foto APM Lubok Antu

LUBOK ANTU: Hujan lebat tanpa henti sejak malam kelmarin mengakibatkan berlakunya kejadian tanah runtuh di Jalan Ulu Skrang, iaitu laluan utama ke Rumah Panjang Nanga Kujuh, Rumah Panjang Belaie dan Rumah Panjang Darai, awal pagi semalam.

Kejadian mula tular apabila pengguna jalan nyaris terbabas selepas tayar kenderaan tergelincir di lokasi kejadian dan segera memaklumkan situasi itu menerusi kumpulan WhatsApp Jawatankuasa Bencana Daerah (JPBD) Lubok Antu. 

Bertindak pantas, Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi segera menyalurkan laporan rasmi kepada pihak berkuasa dan menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Lubok Antu untuk tindakan segera.

KEJADIAN tanah runtuh di Jalan Ulu Skrang, laluan utama penduduk ke Rumah Panjang Nanga Kujuh, Rumah Panjang Belaie dan Rumah Panjang Darai, semalam. Foto APM Lubok Antu

Menurut Pegawai APM Daerah Lubok Antu, Leftenan Desem Samuel, sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati kawasan yang terjejas sepanjang 29 meter dengan kedalaman sekitar 10 meter.

“Bagi memastikan keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya, kami telah memasang pita keselamatan serta mengeluarkan amaran agar laluan tersebut dielakkan sementara waktu,” katanya.

KEJADIAN tanah runtuh di Jalan Ulu Skrang, laluan utama penduduk ke Rumah Panjang Nanga Kujuh, Rumah Panjang Belaie dan Rumah Panjang Darai, semalam. Foto APM Lubok Antu

Beliau menambah, keadaan di lokasi kini berada dalam kawalan dan dipantau rapi oleh pihak APM bersama agensi keselamatan lain bagi mengelak sebarang insiden susulan sekiranya hujan berterusan.

Sementara itu, penduduk sekitar menzahirkan penghargaan atas tindakan pantas pihak APM dan wakil rakyat yang membantu memastikan keselamatan mereka terjamin.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sumbangan kerusi roda elektrik ceriakan kehidupan Elgius Achong
Next: APM Lubok Antu perkukuh siap siaga hadapi musim MTL

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.