Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sumbangan kerusi roda elektrik ceriakan kehidupan Elgius Achong
  • WILAYAH

Sumbangan kerusi roda elektrik ceriakan kehidupan Elgius Achong

Utusan Sarawak 1 day ago
ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang merakam gambar bersama Elgius dan ahli keluarganya semasa penyerahan kerusi roda elektrik hasil sumbangan orang ramai di Bintulu, baru-baru ini.

BINTULU: Impian seorang remaja lelaki yang menghidap palsi serebrum untuk memiliki kerusi roda elektrik akhirnya tercapai hasil sumbangan orang ramai.

Elgius Achong Thadius, remaja 18 tahun yang menghidap gangguan neurologi sejak lahir yang menjejaskan kawalan otot dan pergerakan, sebelum ini hanya menggunakan kerusi roda manual dan menghadapi kesukaran bergerak sendiri.

Kini, dengan bantuan kerusi roda elektrik, kehidupannya menjadi lebih mudah dan selesa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, kejayaan merealisasikan impian Elgius membuktikan bahawa semangat prihatin dan perpaduan masyarakat masih utuh dalam membantu golongan yang memerlukan.

“Hasil kemurahan hati para penyumbang, impian Elgius akhirnya menjadi kenyataan. 

“Ini bukan sekadar pemberian material, tetapi satu hadiah penuh makna yang membawa harapan untuk kehidupan lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan.

ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang merakam gambar bersama Elgius dan ahli keluarganya semasa penyerahan kerusi roda elektrik hasil sumbangan orang ramai di Bintulu, baru-baru ini.

Beliau turut menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada para penderma yang tampil menyalurkan sumbangan bagi membeli kerusi roda elektrik tersebut.

Elgius, yang dilahirkan dengan palsi serebrum, hanya mula berjalan pada usia 12 tahun dan kini menuntut di Sunflower Centre di Miri. 

Dia tinggal bersama datuk dan neneknya serta merupakan anak keenam daripada lapan beradik.

Johnny Pang berkata, senyuman dan kegembiraan jelas terpancar di wajah Elgius ketika pertama kali menggunakan kerusi roda itu, menggambarkan makna sebenar bantuan yang diberikan.

“Semoga kisah ini menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk terus menyemai kasih sayang dan keprihatinan terhadap mereka yang memerlukan,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Peruntukan RM100,000 naik taraf surau Kampung Pagan
Next: APM Lubok Antu ambil tindakan pantas pastikan keselamatan penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.