Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JBPM Sarawak perkukuh ilmu tangani risiko kebakaran kenderaan elektrik
  • TEMPATAN

JBPM Sarawak perkukuh ilmu tangani risiko kebakaran kenderaan elektrik

Utusan Sarawak 2 days ago
SENTIASA SEDIA… Tiong menyampaikan cenderamata kepada pemberita RTM Limbang, Dali Dalinee, pada Program Libat Urus Bersama Warga Kerja Zon Tujuh, PBS dan Pengamal Media Limbang.

LIMBANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak sentiasa bersedia menghadapi cabaran teknologi hijau termasuk menangani risiko kebakaran melibatkan kenderaan elektrik (EV).

Timbalan Pengarah JBPM Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, meskipun EV merupakan teknologi mesra alam yang mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil, ia tetap membawa risiko kebakaran yang tinggi, khususnya apabila berlaku kemalangan.

“EV sangat berbahaya kerana ia tidak boleh dipadam menggunakan air memandangkan ia menggunakan bateri. Jadi, kita perlu cukup ilmu untuk menanganinya,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena Program Libat Urus Bersama Warga Kerja Zon Tujuh, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan Pengamal Media di Balai Bomba dan Penyelamat Limbang, malam tadi.

Menurut Tiong, secara purata pihaknya menerima lima hingga enam kes kebakaran kenderaan setiap bulan di seluruh Sarawak.

Tambahnya, kesiapsiagaan pasukan bomba juga perlu dipertingkatkan seiring pembangunan Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR) yang dijangka menyebabkan peningkatan aliran trafik dan potensi kemalangan.

“Bila trafik meningkat, risiko insiden juga bertambah, terutama di laluan Pan Borneo. Kita perlu ada kaedah terbaik untuk mengeluarkan mangsa tersepit serta mempercepatkan bantuan awal,” katanya.

Sebagai langkah proaktif, seramai 30 pegawai JBPM Sarawak telah dihantar ke Semenanjung Malaysia bagi mengikuti kursus khusus berkaitan pengurusan kemalangan melibatkan EV.

Turut hadir Ketua Zon Tujuh JBPM Sarawak, Ramlan Marajan, Ketua BBP Limbang, Tawang Lingem, dan Ketua BBP Lawas, Clarance D Primus Tiandun.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SKAS, Dana Wakaf Sarawak terus labur untuk masa depan anak-anak – Premier Sarawak
Next: BDA-FORCA jalin kerjasama strategik sempena Karnival Makanan Bintulu 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.