Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek Jambatan Kedua Sungai Krian RM122 juta dijangka ditender awal 2026
  • TEMPATAN

Projek Jambatan Kedua Sungai Krian RM122 juta dijangka ditender awal 2026

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Rubiah Wang merasmikan Program Mini Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile Saratok yang diadakan di Rumah Entinggie, Krangan Krian, dekat sini kelmarin. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Penduduk Saratok bakal menikmati satu lagi kemudahan infrastruktur penting apabila projek Jambatan Sungai Krian Kedua di Tanjung Kalimah Pagan yang dianggarkan bernilai RM122 juta kini dalam proses prakelayakan dan dijangka ditender pada awal 2026.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang mengumumkan perkara itu ketika berucap merasmikan Program Mini Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile Saratok yang diadakan di Rumah Entinggie, Krangan Krian, dekat sini kelmarin.

DATUK Rubiah Wang merasmikan Program Mini Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile Saratok yang diadakan di Rumah Entinggie, Krangan Krian, dekat sini kelmarin. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Menurut beliau, pembinaan jambatan itu akan memberi manfaat besar kepada penduduk setempat dengan meningkatkan jaringan perhubungan serta merancakkan lagi aktiviti ekonomi dan sosial di kawasan berkenaan.

“Projek ini antara usaha kerajaan memastikan kawasan luar bandar terus diberi keutamaan dalam pembangunan infrastruktur agar rakyat menikmati kemudahan yang lebih baik,” katanya.

Dalam ucapannya juga, Rubiah turut menjelaskan mengenai fungsi Pusat Komuniti Desa (PKD) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) sebagai platform menjana ekonomi dan membangunkan komuniti desa melalui pelbagai inisiatif seperti latihan kemahiran, pemerkasaan wanita, khidmat setempat kerajaan dan swasta, program sukarelawan serta pengumpulan produk usahawan desa.

DATUK Rubiah Wang merasmikan Program Mini Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile Saratok yang diadakan di Rumah Entinggie, Krangan Krian, dekat sini kelmarin. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada beberapa penerima terpilih serta sumbangan wang saku kepada 50 pelajar kurang berkemampuan sebagai tanda keprihatinan terhadap kesejahteraan masyarakat luar bandar.

Turut hadir Senator Pele Peter Tinggom, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, Pengarah KKDW Sarawak, Mohd Syafiq Anas Abdullah, Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid serta ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak akan bina 20,000 unit rumah mampu milik – Premier Sarawak
Next: SKAS, Dana Wakaf Sarawak terus labur untuk masa depan anak-anak – Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.