Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Peruntukan RM73.9 juta naik taraf Jalan Padawan dijangka siap Jun tahun depan
  • TEMPATAN

Peruntukan RM73.9 juta naik taraf Jalan Padawan dijangka siap Jun tahun depan

Utusan Sarawak 14 hours ago
LAWATAN tapak Projek Penaiktarafan Jalan Padawan (Fasa 1) oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama pihak kontraktor dan pegawai JKR hari ini. Foto JKR Sarawak

KOTA PADAWAN: Penduduk di beberapa kampung sepanjang Jalan Padawan bakal menikmati akses jalan raya yang lebih selamat dan selesa selepas Projek Penaiktarafan Jalan Padawan Fasa 1 siap sepenuhnya.

Menurut Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, projek bernilai RM73.9 juta itu dilaksanakan di bawah Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan kini telah mencapai kemajuan fizikal 29 peratus dengan kontraktor menegaskan ia dijangka siap sepenuhnya menjelang Jun 2026.

“Kami komited memastikan projek sepanjang 14.9 kilometer (km) ini siap sepenuhnya bagi memberi manfaat kepada lebih 6,000 penduduk di kawasan Kampung Mundai, Kampung Simpok, Kampung Peraya, Kampung Stabut, Kampung Kirian, Kampung Sira dan Pekan Teng Bukap.

“Projek Penaiktarafan Jalan Padawan ini bukan sahaja akan meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya, malah ia juga dijangka merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan dalam sektor pelancongan, pertanian, perumahan dan perladangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau tapak projek hari ini.

LAWATAN tapak Projek Penaiktarafan Jalan Padawan (Fasa 1) oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama pihak kontraktor dan pegawai JKR hari ini. Foto JKR Sarawak

Antara kerja utama projek ini ialah pembinaan jalan mengikut piawaian JKR R3, sistem saliran konkrit bertetulang, pemulihan dan penstabilan cerun menggunakan kaedah soil nailing (pengepakuan tanah) dan guniting (penyemburan konkrit), pemasangan lampu jalan, papan tanda gantri, pemindahan paip air serta lampu isyarat tambahan jenis P-Turn.

“Projek ini akan memastikan penduduk mempunyai akses jalan yang lebih selamat dan selesa, terutamanya bagi mereka yang menggunakan laluan ini setiap hari untuk ke sekolah, klinik, rumah ibadat dan pejabat kerajaan,” tambah beliau.

Oleh Amanda L

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak perkukuh ekonomi hijau, ubah pendekatan pengurusan sisa
Next: Hope Place bantu kanak-kanak tujuh tahun terlantar akibat masalah perkembangan global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.