Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Inisiatif Hijau MDS: Kurangkan karbon, tingkatkan kesedaran alam sekitar
  • Tengah
  • WILAYAH

Inisiatif Hijau MDS: Kurangkan karbon, tingkatkan kesedaran alam sekitar

Utusan Sarawak 16 hours ago
LOKASI PEMERIKSAAN….Peta lokasi pemeriksaan untuk permainan misi hijau Sarikei.

SARIKEI: Majlis Daerah Sarikei (MDS) meneruskan komitmen ke arah pembangunan bandar lestari dengan penganjuran Program Pagi Tanpa Kenderaan (Hari Rendah Karbon 3.0) pada 15 November depan.

MDS berkata, program ini merupakan salah satu inisiatif hijau bagi menggalakkan gaya hidup sihat, memelihara alam sekitar dan mengurangkan pelepasan karbon di kawasan bandar Sarikei.

“Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang program tersebut termasuk Kempen Pengumpulan Minyak Masak Terpakai, Hari Bersama Pelanggan dan permainan misi hijau Sarikei.

“Program ini diadakan bagi menggalakkan penglibatan masyarakat dalam usaha menjadikan Sarikei sebagai bandar rendah karbon, selain meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan gaya hidup hijau dan kelestarian alam,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini. 

KANDUNGAN PROGRAM….Kandungan program anjuran MDS pada 15 November 2025.

Tambahnya, pendaftaran bagi permainan misi hijau Sarikei dibuka mulai 18 Oktober hingga 8 November 2025 dengan penyertaan terhad kepada 100 orang sahaja dan yuran sebanyak RM20 seorang.

“Permainan tersebut akan melibatkan enam stesen tempat pemeriksaan iaitu Dewan Suarah, Taman Merdeka, Doremart Pasar Borong, Terminal Satu Wharf, Menara Jam dan Pasar Sentral dari 7.30 pagi hingga 9.30 pagi dan pejabat MDS sebagai lokasi permulaan dan penamat.

“Sementara itu, Kempen Pengumpulan Minyak Masak Terpakai dan Hari Bersama Pelanggan akan berlangsung di pekarangan Pejabat Majlis Daerah Sarikei dari 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

“MDS menggesa seluruh warga Sarikei untuk bersama-sama menjayakan program ini bagi memperkukuh kesedaran terhadap gaya hidup rendah karbon serta menjadikan Sarikei sebagai bandar yang lebih sihat, hijau dan mampan,” ujarnya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Langkah pencegahan diperkasa, BBP Bintangor laksana pemeriksaan MBK di lima premis
Next: Budaya Kantonis, perpaduan asas kekuatan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.