Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverpool hadapi masalah ‘set-piece’ negatif
  • SUKAN

Liverpool hadapi masalah ‘set-piece’ negatif

Utusan Sarawak 10 hours ago
Arne Slot. Foto fail AFP

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Arne Slot, menyalahkan kegagalan pasukannya menyempurnakan peluang serta kelemahan bertahan ketika situasi bola mati sebagai punca rentetan keputusan buruk berterusan.

Awal pagi tadi, ia tewas kepada Manchester United. Ini kali pertama sejak 2014 Liverpool tewas empat perlawanan berturut-turut.

Alexander Isak dinafikan gol sulung Liga Perdana bersama Liverpool oleh penjaga gol Belgium, Senne Lammens, pada separuh masa pertama.

Mohamed Salah pula mensia-siakan peluang keemasan pada awal babak kedua, sementara Gakpo gagal menanduk tepat untuk menyamakan kedudukan selepas gol Maguire.

Ryan Gravenberch kelihatan terbaring kesakitan di atas padang semasa perlawanan Liga Perdana antara Liverpool dan Manchester United di Anfield. – Foto AFP

“Jika anda beritahu saya sebelum perlawanan bahawa kami akan mencipta lapan, sembilan atau sepuluh peluang terbuka, saya takkan percaya. Tapi daripada semua itu, kami hanya menjaringkan satu gol,” kata Slot.

“Hampir mustahil untuk menang perlawanan besar jika kami terus mempunyai rekod negatif dalam situasi bola mati. Hari ini kami sekali lagi dibolosi hasil set-piece, dan itulah yang menyebabkan kami kalah.”

Kekalahan itu meninggalkan Liverpool empat mata di belakang pendahulu Liga Perdana, Arsenal. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Amorim mahu lebih kemenangan selepas ranapkan Liverpool
Next: Berbasikal Trek Para Dunia: Mohamad Yusof jaguh pecut 200 meter

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.