Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Amorim mahu lebih kemenangan selepas ranapkan Liverpool
  • SUKAN

Amorim mahu lebih kemenangan selepas ranapkan Liverpool

Utusan Sarawak 7 hours ago
Ruben Amorim menyifatkan kemenangan di Anfield sebagai kejayaan terbesar beliau sebagai pengurus Manchester United — Foto AFP

LIVERPOOL: Ruben Amorim menyifatkan kemenangan pertama Manchester United di Anfield sejak 2016 sebagai ganjaran sewajarnya buat penyokong setia kelab itu selepas jaringan lewat Harry Maguire memastikan kekalahan keempat berturut-turut buat Liverpool.

Kemenangan 2-1 itu juga bermakna United meraih dua kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana buat kali pertama sejak Amorim mengambil alih hampir setahun lalu.

Namun, jurulatih dari Portugal itu menegaskan reaksi pemainnya minggu depan ketika menentang Brighton di Old Trafford akan menjadi penanda sebenar potensi pasukan musim ini.

“Itu kemenangan terbesar sepanjang saya di Manchester United. Ia sangat bermakna hari ini, tetapi esok ia tidak lagi begitu penting,” kata Amorim.

United sebelum ini tersingkir daripada Piala Liga selepas tewas kepada pasukan divisyen keempat, Grimsby, pada Ogos lalu, dan Amorim hampir kehilangan jawatan selepas kekalahan kepada Brentford bulan lepas.

Harry Maguire menjaringkan gol kemenangan pertama United di Anfield sejak 2016. Foto AFP

Namun, kemenangan ke atas Sunderland dan seteru tradisi mereka, Liverpool, telah melonjakkan United ke tangga kesembilan liga – hanya dua mata di belakang Liverpool yang berada di tangga keempat.

“Kemenangan ini sangat penting untuk penyokong kami. Mereka menderita ketika menentang Grimsby dan Brentford, tetapi hari ini mereka melihat pasukan yang berbeza,” tambah Amorim.

“Menang di stadium juara bertahan dan ke atas seteru utama kami sangat bermakna.”

Walaupun kemenangan itu besar maknanya, Amorim tetap belum berpuas hati sepenuhnya dengan prestasi pasukannya.

Bryan Mbeumo membuka jaringan untuk United seawal 61 saat permainan, sebelum Bruno Fernandes hampir menggandakan kedudukan apabila rembatan terkena tiang.

Cody Gakpo bagaimanapun mencetuskan tekanan apabila tiga kali terkena palang dan tiang sebelum akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-78.

Namun, Maguire – yang pernah mensia-siakan peluang besar di Anfield dalam keputusan 2-2 Januari lalu – muncul wira dengan tandukan kemenangan hasil hantaran Fernandes.

“Ia kemenangan yang hebat, walaupun bukan perlawanan yang kami main dengan baik sepenuhnya. Tetapi semangat pasukan luar biasa — dan itu yang paling penting,” kata Amorim. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Persembahan Liverpool mengecewakan, kecundang kali keempat berturut-turut
Next: Liverpool hadapi masalah ‘set-piece’ negatif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.