Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Arab Saudi umum syarat kesihatan baharu bakal jemaah haji
  • SEMASA

Arab Saudi umum syarat kesihatan baharu bakal jemaah haji

Utusan Sarawak 14 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan bahawa Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan syarat kesihatan baharu bagi musim Haji 1447H/2026M yang perlu dipatuhi oleh semua bakal jemaah haji untuk mendapatkan visa.

Antara syarat utama yang diumumkan ialah bakal jemaah mesti bebas daripada penyakit berjangkit, serius atau kronik yang tidak terkawal, dan mampu mengerjakan ibadat haji tanpa bantuan.

Individu dengan penyakit seperti kegagalan buah pinggang, jantung, paru-paru, kanser dalam rawatan, dementia, atau kehamilan berisiko tinggi tidak akan dianggap layak.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad menegaskan bahawa aspek kesihatan sentiasa menjadi keutamaan.

“TH akan terus menyediakan klinik kesihatan lengkap di semua penginapan jemaah di Mekah dan Madinah, termasuk farmasi dan petugas kesihatan bertauliah daripada Kementerian Kesihatan (KKM),” ujar kenyataannya hari ini.

Namun begitu, bermula musim ini, TH tidak lagi dibenarkan mengendalikan pusat rawatan sendiri di Tanah Suci, dan jemaah yang memerlukan rawatan lanjut akan dirujuk ke hospital-hospital kerajaan Arab Saudi, dengan sokongan dan pemantauan pakar KKM.

Seramai 225 petugas kesihatan akan digerakkan ke Tanah Suci bagi memastikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada jemaah Malaysia. TH turut bersedia bekerjasama dengan hospital swasta Arab Saudi sekiranya perlu.

Semua bakal haji juga diwajibkan menjalani dan lulus pemeriksaan kesihatan KKM sebagai sebahagian syarat tawaran haji, selaras dengan keperluan kemampuan dalam ibadat haji.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Ribut petir, hujan lebat dijangka landa lapan negeri termasuk Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.