Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ribut petir, hujan lebat dijangka landa lapan negeri termasuk Sarawak
  • SEMASA

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa lapan negeri termasuk Sarawak

Utusan Sarawak 15 hours ago
Foto Jabatan Meteorologi Malaysia

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berterusan melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah, serta di seluruh Pulau Pinang dan Perak hingga 1.00 pagi esok.

MetMalaysia dalam hantaran di Facebook memaklumkan kawasan terlibat ialah Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah manakala di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.

Kawasan lain yang turut dijangka dilanda ribut petir ialah Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor di Selangor.

“Sarawak melibatkan Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru dan Marudi) dan Limbang manakala Sabah di pedalaman (Nabawan dan Keningau) serta Sandakan (Tongod),” menurut hantaran itu hari ini.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Senator Rita Sarimah muka baharu dipilih Naib Presiden PRS
Next: Arab Saudi umum syarat kesihatan baharu bakal jemaah haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.