Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lelaki maut akibat rabies, kes kelima di Sarawak tahun ini
  • TEMPATAN

Lelaki maut akibat rabies, kes kelima di Sarawak tahun ini

Utusan Sarawak 12 hours ago
KENYATAAN media JKN Sarawak.

BINTULU: Seorang lelaki berusia 29 tahun dari Sebauh meninggal dunia akibat jangkitan rabies di Hospital Bintulu pada 12 Oktober lalu.

Perkara tersebut menjadikan jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak meningkat kepada lima (5) kes tahun ini.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak, mangsa digigit seekor anak anjing terbiar pada 17 September namun tidak mendapatkan rawatan selepas kejadian.

“Mangsa mula menunjukkan simptom seperti takut air, kesukaran bercakap dan menelan sebelum disahkan meninggal dunia.

“Bagi tempoh 1 Januari hingga 11 Oktober 2025, sebanyak 16,295 kes gigitan haiwan dilaporkan di Sarawak dengan 61.5 peratus melibatkan kucing dan 37.3 peratus melibatkan anjing,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

JKN Sarawak mengingatkan orang ramai supaya segera mencuci luka gigitan dan mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan, serta memastikan haiwan peliharaan diberi vaksin rabies setiap tahun.

“Rabies boleh membunuh, tetapi boleh dicegah jika rawatan diberikan segera,” tegas JKN Sarawak.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah raikan 100 penerima bantuan Majlis Sumbangan Tautan Kasih
Next: KKR laksana Projek Garisan Merah naik taraf jalan raya di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.