Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • UNIFOR terus salur sokongan kepada rumah ibadat dan sekolah mubaligh
  • TEMPATAN

UNIFOR terus salur sokongan kepada rumah ibadat dan sekolah mubaligh

Utusan Sarawak 16 hours ago
PERASMIAN…..Wong Soon Koh merasmikan Majlis Makan Malam sempena Persidangan Tahunan Wanita Methodist Persidangan Tahunan Iban Sarawak (SIAC) ke-62, malam tadi.

SIBU: Kerajaan Sarawak terus komited memperkukuhkan keharmonian antara agama menerusi sokongan berterusan terhadap pembinaan dan penyelenggaraan rumah ibadat serta sekolah mubaligh melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh berkata, kerajaan negeri sentiasa menghargai sumbangan organisasi keagamaan termasuk gereja dan kuil yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan rakyat.

“Kerajaan Sarawak melalui UNIFOR akan terus menyalurkan bantuan bagi memastikan rumah ibadat di seluruh Sarawak dapat berfungsi dengan baik dan selesa untuk kegunaan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Persidangan Tahunan Wanita Methodist Persidangan Tahunan Iban Sarawak (SIAC) ke-62, malam tadi.

Menurutnya, kepelbagaian agama di Sarawak merupakan satu berkat yang wajar diraikan kerana semua agama mengajarkan nilai kasih sayang, hormat-menghormati serta perpaduan. 

Katanya, kehidupan masyarakat berbilang kaum dan agama di Sarawak menjadi contoh kepada keharmonian sebenar di Malaysia.

Beliau turut menegaskan peranan penting wanita sebagai pendidik, profesional, usahawan dan pemimpin komuniti yang mampu membimbing generasi muda untuk hidup berasaskan iman, kasih sayang dan kemanusiaan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur atas kejayaan menganjurkan persidangan tahunan ini.

“Saya yakin bahawa usaha ini akan terus memperkukuhkan semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat,” ujarnya.

Pada majlis itu, Wong turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM20,000 dan RM10,000 lagi dari isterinya, Datin Sri Pauline Leong.

Turut hadir Presiden Persidangan Tahunan Iban Sarawak (SIAC) Reverend Bonnie Sedau, Presiden Wanita Methodist SIAC Angelyn Uchi Maseng, penasihat Dato Ir. Alice Jawan, Ketua SIAC Sibu Reverend Jatan Badi serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Peruntukan RM60 juta jadikan Hutan Simpan Sabal destinasi terapi alam bertaraf dunia
Next: Semua pihak perlu bersatu bendung budaya buli – ADUN Bawang Assan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.