Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Amorim mahu United tunjuk rasa mendesak 
  • SUKAN

Amorim mahu United tunjuk rasa mendesak 

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Ruben Amorim hampir setahun mengemudi Manchester United di Old Trafford, namun masih belum mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana. - Foto fail AFP

MANCHESTER (United Kingdom): Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, berkata sokongan daripada pemilik bersama kelab, Jim Ratcliffe, tidak bermakna apa-apa jika beliau gagal mengubah nasib pasukan itu.

Dalam satu wawancara dengan The Times – The Business Podcast minggu lalu, bilionair Britain itu berkata Amorim perlu “membuktikan bahawa dia seorang jurulatih hebat dalam tempoh tiga tahun”.

Namun, Amorim yang kini hampir setahun menduduki kerusi panas di Old Trafford, masih belum mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana.

Memenangi perlawanan di tempat lawan menentang Liverpool di Anfield pada Ahad ini akan menjadi langkah besar ke arah yang betul, tetapi jurulatih dari Portugal itu sedar bahawa dia berada di bawah tekanan besar sehingga keputusan mula bertambah baik.

“Anda tahu, saya tahu, dan Jim juga tahu bahawa bola sepak tidak berfungsi seperti itu,” kata Amorim pada sidang media pra-perlawanan, merujuk kepada tempoh masa tiga tahun yang disebut Ratcliffe.

“Perkara paling penting ialah perlawanan seterusnya.”

United menamatkan musim lalu di tangga ke-15 Liga Perdana – pencapaian terburuk mereka dalam 51 tahun – dan terlepas peluang ke Liga Juara-Juaraselepas tewas kepada Tottenham dalam final Liga Europa.

Musim ini juga tidak banyak berubah; United kini berada di tangga ke-10 ligaselepas tewas tiga daripada tujuh perlawanan pertama, selain tersingkir mengejut daripada Piala Liga selepas tewas kepada pasukan divisyen keempat, Grimsby Town.

Walaupun begitu, Amorim masih mendapat kepercayaan daripada Ratcliffe, Ketua Pegawai Eksekutif Omar Berrada dan Pengarah Bola Sepak Jason Wilcox.

“Pertama sekali, saya boleh rasakan sokongan itu. Ia bukan sekadar kata-kata, saya rasa setiap hari,” jelas Amorim.

“Kadangkala tekanan yang saya letakkan pada pasukan dan diri saya sendiri lebih besar daripada apa yang datang daripada mereka.

“Saya tahu ia akan ambil masa, tapi saya tidak mahu berfikir seperti itu. Saya dah kata perkara sama tahun lalu. 

“Ia memang membantu penyokong memahami bahawa pihak pengurusan tahu ia perlukan masa, tapi pada masa sama saya tak suka fikiran itu — ia beri tanggapan seolah-olah kami ada banyak masa untuk memperbaiki keadaan. Saya tidak mahu perasaan seperti itu dalam kelab ini.

“Bagus bila ada sokongan, tapi dalam bola sepak – terutamanya di kelab besar – kita mesti buktikan setiap minggu bahawa kita bersedia untuk menang.”

Kemenangan 2-0 ke atas Sunderland sebelum rehat antarabangsa sedikit sebanyak meredakan tekanan terhadap kedudukannya.

Penjaga gol muda Senne Lammens memberi impak positif pada penampilan sulungnya menentang Sunderland — malah sebahagian penyokong United membandingkannya dengan legenda kelab, Peter Schmeichel.

Sepanjang tempoh Amorim, United banyak terjejas akibat kesilapan penjaga gol utama Andre Onana dan Altay Bayindir.

“Tanggapan pertama di kelab ini sangat penting. Tapi mengekalkan tahap itu jauh lebih penting – dan amat sukar,” kata Amorim.

“Dia (Lammens) bukan Schmeichel… belum lagi. Dia masih muda, berbakat, menunjukkan ketenangan yang hebat, dan penyokong sukakannya. Tapi itu semua di masa lalu – kami perlu buktikan lagi dalam perlawanan seterusnya.” – AFP

Continue Reading

Previous: ‘Set piece’ jadi masalah utama Liverpool, mahu bangkit bertemu United esok
Next: 33,651 peserta meriahkan Hari Sukan Negara 2025 di Bahagian Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.