KPM umum garis panduan keselamatan dan larangan telefon pintar tidak lama lagi

Facebook
WhatsApp
GAMBAR hiasan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti dan menetapkan garis panduan khusus susulan cadangan pelaksanaan langkah segera bagi meningkatkan tahap keselamatan di semua institusi pendidikan, termasuk cadangan larangan penggunaan telefon pintar di sekolah bagi murid berusia bawah 16 tahun.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan garis panduan berkenaan dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

“KPM menyambut baik keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini yang menggariskan langkah segera bagi menangani isu keselamatan di institusi pendidikan, termasuk usaha meningkatkan pemantauan pihak polis di semua institusi berkenaan.

“Pada masa sama, KPM turut menyokong hasrat kerajaan menetapkan had umur 16 tahun bagi penggunaan media sosial bagi melindungi kanak-kanak dan remaja daripada ancaman siber, dengan mekanisme pelaksanaannya akan diperincikan oleh Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),” katanya.

Menurut KPM, semua institusi pendidikan di bawah seliaannya turut digesa memperkukuh peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta komuniti setempat bagi memastikan aspek keselamatan dapat ditingkatkan secara menyeluruh.

Kerjasama rentas kementerian dan agensi berkaitan itu juga mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh aspek keselamatan di semua institusi pendidikan di bawah KPM.- Bernama

Empat pasukan mara separuh akhir PSDC 2026

KUCHING: Empat pasukan mara ke peringkat separuh akhir Piala Cabaran Debat Premier Sarawak (Premier of Sarawak Debate Challenge Cup/PSDC) 2026 selepas