Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kuching Selatan sertai Mesyuarat Kumpulan Pakar Teknologi Alam Sekitar UN-Habitat di Nagoya
  • SEMASA

Kuching Selatan sertai Mesyuarat Kumpulan Pakar Teknologi Alam Sekitar UN-Habitat di Nagoya

Utusan Sarawak 1 day ago
DATO Wee Hong Seng bersama Datuk Bandar Nagoya, Ichiro Hirosawa pada 16th United Nations Human Settlements Programme (UN-Habitat) Environmental Technology Expert Group Meeting (EGM) yang diadakan hari ini di Nagoya, Jepun.

NAGOYA, Jepun: Datuk Bandar Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng dijemput menghadiri 16th United Nations Human Settlements Programme (UN-Habitat) Environmental Technology Expert Group Meeting (EGM) yang diadakan hari ini di Nagoya, Jepun.

Mesyuarat tersebut memberi tumpuan kepada teknologi pengurangan risiko bencana, penyesuaian iklim dan ketahanan bandar. Ia dianjurkan oleh UN-Habitat Regional Office for Asia and the Pacific (UN-Habitat ROAP), United Nations Centre for Regional Development (UNCRD) dan City of Nagoya.

Pertemuan itu menghimpunkan datuk bandar, saintis serta pakar bandar dari seluruh Asia dan Pasifik bagi membincangkan bagaimana teknologi, inovasi dan penglibatan komuniti dapat membantu bandar bersedia menghadapi ancaman bencana akibat perubahan iklim.

Jemputan tersebut mengiktiraf komitmen berterusan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) terhadap pengurusan bandar mampan yang berpusatkan rakyat.

DATO Wee Hong Seng bersama Datuk Bandar Nagoya, Ichiro Hirosawa pada 16th United Nations Human Settlements Programme (UN-Habitat) Environmental Technology Expert Group Meeting (EGM) yang diadakan hari ini di Nagoya, Jepun.

“Bandar bukan sahaja perlu bersedia dari segi teknologi, tetapi juga sosial dan mental terhadap cabaran perubahan iklim. Ketahanan bencana bermula dengan rakyat.

“Pendekatan kami di Kuching Selatan sentiasa berteraskan 3P iaitu People, Public dan Private partnership, di mana inovasi menghubungkan komuniti, dasar dan matlamat,” kata Wee.

MBKS terus menyelaraskan program dan dasar selaras dengan United Nations, Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), khususnya SDG 11 iaitu bandar dan komuniti mampan melalui inisiatif yang meningkatkan kelestarian alam sekitar, keterangkuman sosial dan kesiapsiagaan bandar.

Mesyuarat UN-Habitat ini menjadi platform strategik bagi Kuching Selatan untuk bertukar pengetahuan dan meneroka kerjasama dalam pemantauan risiko bencana, sistem amaran awal dan reka bentuk bandar adaptif iklim, sekali gus mengukuhkan peranan MBKS sebagai peneraju serantau dalam inovasi bandar lestari berteraskan rakyat.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: JKR Sarawak menang anugerah berprestij antarabangsa 2025 Going Digital
Next: Eksklusif: Isu telefon pintar, antara disiplin dan keperluan pelajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.