Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Bekas gitaris KISS, Ace Frehley meninggal dunia
  • HIBURAN

Bekas gitaris KISS, Ace Frehley meninggal dunia

Utusan Sarawak 2 days ago
FREHLEY dikenali menerusi penampilannya yang ikonik dan gaya permainan gitar yang mengukir sejarah bersama KISS sejak penubuhannya pada 1973.

LOS ANGELES: Ace Frehley, gitaris asal dan pengasas kumpulan rock terkenal KISS, meninggal dunia pada usia 74 tahun.

Menurut wakil keluarga, beliau menghembuskan nafas terakhir di rumah selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh.

Frehley dikenali menerusi penampilannya yang ikonik dan gaya permainan gitar yang mengukir sejarah bersama KISS sejak penubuhannya pada 1973. Antara lagu popular kumpulan itu ialah “I Was Made for Lovin’ You” dan “God of Thunder.”

Beliau meninggalkan KISS pada 1982 tetapi kembali pada 1990-an selama enam tahun, selain membina kerjaya solo dengan kumpulan Frehley’s Comet.

Keluarga menyifatkan pemergiannya sebagai satu kehilangan besar, manakala rakan kumpulan Gene Simmons menyifatkannya sebagai legenda yang tiada pengganti.

Mendiang meninggalkan seorang balu, Jeanette, dan anak perempuan, Monique. – AFP

Continue Reading

Previous: Afgan kembali ke akar pop Indonesia dengan single Kacamata
Next: Mencecah usia 79 tahun Ruminah Sidek masih aktif berlakon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.