Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Fatwa perlu menyentuh seluruh aspek kehidupan – Tun Wan Junaidi
  • SEMASA

Fatwa perlu menyentuh seluruh aspek kehidupan – Tun Wan Junaidi

Utusan Sarawak 6 days ago
PERASMIAN…..Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Wan Junaidi menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Fatwa Peringkat Sarawak 2025 di Kompleks Islam Sarawak, hari ini.

SIBU: Fatwa bukan sahaja memberi jawapan kepada persoalan hukum, tetapi menjadi jambatan yang menghubungkan dalil syariah dengan realiti masyarakat yang unik di Sarawak.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sokongan Astana Negeri kepada perkembangan institusi fatwa adalah sokongan yang berterusan dan penuh keprihatinan. 

“Saya percaya institusi fatwa yang kuat dan berwibawa akan memastikan umat Islam di Sarawak mendapat panduan yang tepat, sahih dan sesuai dengan keperluan semasa,” katanya dalam amanatnya sempena Majlis Perasmian Seminar Fatwa Peringkat Sarawak 2025 di Kompleks Islam Sarawak, hari ini.

Tun Wan Junaidi berkata, dalam memperincikan tema ‘Fatwa Berautoriti Ummah Lestari’, perbincangan perlu dilihat secara luas dan konseptual agar mesej yang ingin disampaikan benar-benar difahami dalam konteks pembangunan ummah yang seimbang antara keilmuan, kerohanian dan kemanusiaan. 

“Pendekatan ini amat selaras dengan aspirasi kemakmuran Sarawak yang menekankan perpaduan, kesejahteraan serta pembangunan yang inklusif dan berteraskan nilai Islam, demi membentuk masyarakat yang harmoni dan berilmu,” ujarnya.

Katanya, fatwa berautoriti adalah benteng yang dapat menghalang fahaman sesat dan pengaruh merosakkan akidah.

“Dengan fatwa yang jelas dan disebarkan secara meluas, masyarakat akan lebih terarah dan tidak mudah termakan provokasi yang boleh menggugat kepercayaan kita,” ujarnya.

Tambah beliau , fatwa hendaklah difahami sebagai panduan yang merangkumi dan meresapi setiap aspek kehidupan manusia sejajar dengan konsep dan semangat Islam sebagai Ad-Deen iaitu satu sistem kehidupan yang lengkap meliputi dimensi duniawi dan ukhrawi. 

“Oleh itu, fatwa yang berautoriti tidak seharusnya terbatas kepada perbahasan hukum-hakam terkait solat atau jenis air mutlak semata-mata. 

“Sebaliknya, ia mesti tampil sebagai rujukan menyeluruh yang mampu menjawab persoalanpersoalan besar dalam kehidupan manusia termasuk bidang ekonomi, perubatan, pendidikan, sains, teknologi, industri makanan serta hal-hal berkaitan kesejahteraan fizikal dan rohani insan. 

Dengan cara ini, katanya lagi, fatwa menjadi kompas moral dan intelektual bagi seluruh umat Islam dalam menghadapi cabaran zaman moden.

“Institusi fatwa juga perlu diperkasakan melalui penglibatan pelbagai pihak berautoriti yang memiliki kepakaran dalam bidang agama dan profesional. 

“Pendekatan ini amat penting terutama dalam mendepani isu-isu kompleks pasca pandemik yang menuntut kefahaman mendalam terhadap aspek teknikal dan kontemporari.

“Melalui kolaborasi lintas bidang ini, fatwa yang dikeluarkan dapat menawarkan panduan yang bukan sahaja komprehensif dan praktikal, tetapi juga sejajar dengan maqasid yariah serta mencerminkan ke-syumulan Islam sebagai AdDeen,” katanya.

Mengimbau perjalanan Majlis Islam Sarawak (MIS) yang menyambut ulang tahun ke-70 tahun ini, sejak ditubuhkan pada 1 Mei 1955, beliau menggesa semua pihak memperkukuh kolaborasi serta metodologi fatwa untuk kepentingan umat.

“Saya menggesa semua pihak agar menjayakan tema ‘Fatwa Berautoriti, Ummah Lestari’ dengan memperkukuh penyelidikan dan penyebaran fatwa secara berkesan. Kepada masyarakat, hormatilah fatwa yang diputuskan agar keberkatan Allah Subhanahu wata’ala sentiasa mengiringi setiap amalan,” katanya lagi.

Tun Wan Junaidi berharap Seminar Fatwa Peringkat Sarawak 2025 menjadi pemangkin kepada pengukuhan institusi fatwa negeri serta memacu umat Islam ke arah kesejahteraan dan keberkatan.

Turut hadir isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin, Temenggung Dato Sri Wan Hamid Edruce serta tetamu kehormat yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Malaysia sedia jadi Sekretariat Tetap WZWF – PM Anwar
Next: KPDN Sibu tetapkan harga maksimum sembilan barangan menjelang Deepavali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.