Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Terbuka Denmark: Jun Hao gagal lepasi cabaran Shi Feng
  • SUKAN

Terbuka Denmark: Jun Hao gagal lepasi cabaran Shi Feng

Utusan Sarawak 3 days ago
LEONG Jun Hao

KUALA LUMPUR: Perjuangan skuad negara dalam kategori perseorangan lelaki pada Terbuka Denmark 2025 berakhir lebih awal selepas wakil tunggal, Leong Jun Hao, tersingkir pada pusingan pembukaan di Odense pada Rabu.

Pemain nombor 20 dunia itu tewas 13-21, 16-21 kepada pilihan keempat dari China, Li Shi Feng dalam masa 45 minit semasa kejohanan Super 750 yang berlangsung di Jyske Bank Arena.

Keputusan itu menandakan kekalahan kelapan Jun Hao dalam sembilan pertemuan dengan Shi Feng yang juga pemain nombor empat dunia.

Sementara itu, beregu lelaki negara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King turut tersingkir selepas kalah 15-21, 19-21 kepada juara dunia 2021 Takuro Hoki-Hugo Kobayashi dari Jepun.

Go Pei Kee-Teoh Mei Xing mengalami nasib yang sama selepas ditunjukkan jalan keluar oleh gandingan Korea Selatan Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo dengan 5-21, 16-21 bagi kategori beregu wanita.

Di sebalik kekalahan itu, ada khabar gembira apabila satu lagi pasangan beregu wanita negara Ong Xin Yee-Carment Ting berjaya mara ke pusingan kedua selepas mengambil masa 30 minit untuk menundukkan gandingan Ukraine, Polina Buhrova-Yevheniia Kantemyr, 21-11, 21-16.

Xin Yee-Carmen seterusnya akan menentang pilihan ketiga Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan yang mengalahkan Lui Lok Lok-Tsang Hiu Yan dari Hong Kong dengan 21-11, 21-11.

Dalam pada itu, pasangan beregu campuran negara Wong Tien Ci-Lim Chiew Sen menamatkan kempen setelah tewas 7-21, 14-21 kepada Dhruv Kapila-Tanisha Crasto dari India.- Bernama

Continue Reading

Previous: 21 atlet wakili Sarawak ke Kejohanan Judo Terbuka Johor 2025
Next: Terbuka Denmark: Xin Yee-Carmen tewas kepada pasangan Korea Selatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.