Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverani ganti D’Aversa kendali Parma
  • SUKAN

Liverani ganti D’Aversa kendali Parma

Utusan Sarawak 5 years ago
PENGENDALI baharu Parma,Fabio Liverani. • Foto AFP

KELAB Serie A, Parma pada Jumaat mengumumkan Fabio Liverani akan menjadi pengendali baharu kelab itu dengan kontrak dua tahun.

“Parma Calcio 1913 mengumumkan bahawa ia telah mencapai kesepakatan dengan Fabio Liverani dengan kontrak sehingga 30 Jun 2022 ,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Pegendali berusia 44 tahun itu dipecat oleh Lecce minggu lalu setelah kelab dari selatan Itali tersingkir dari Serie A selepas beraski untuk satu musim.

Liverani, bekas pemain tengah Lazio dan Fiorentina pernah bermain tiga kali untuk skuad kebangsaan Itali, memulakan karier kejurulatihannya di Genoa, diikuti oleh Leyton Orient, Ternana dan Lecce.

Dia membimbing Lecce untuk dua kejayaan berturut-turut, tetapi kelab itu menyingkirkanya pada hari terakhir musim lalu setelah kekalahan 4-3 dari tuan rumah, Lecce kepada Parma.

Liverani mengambil alih tugas mengendali Parma daripada Roberto D’Aversa, yang dipecat  selepas kelab tersebut hanya memenangi empat dari 13 perlawanan musim lalu ynag dipendekan kerana Covid-19.

D’Aversa yang mengalas tugas membimbing Parma bersama pasukan di Serie C, meningkat ke Serie B pada tahun 2017 dan Serie A setahun kemudian.

Kelab ini berada di tangga ke-11 musim lalu setelah berada di tangga ke-14 dalam kempen pertama mereka di kalangan  pasukan elit Itali.-AFP

Continue Reading

Previous: Azarenka juara
Next: Pemain belum bersedia sepenuhnya – Fazzrudin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.