Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pemasangan CCTV di 200 sekolah berasrama dijangka siap sepenuhnya ada November – KPM
  • PENDIDIKAN

Pemasangan CCTV di 200 sekolah berasrama dijangka siap sepenuhnya ada November – KPM

Utusan Sarawak 1 day ago
Foto hiasan

KUALA NERUS: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di 200 sekolah berasrama di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh negara dijangka siap sepenuhnya menjelang November ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) KPM Datuk Wan Hashim Wan Rahim berkata projek itu, yang dilaksanakan sejak Ogos lepas membabitkan peruntukan sebanyak RM3 juta, bertujuan memperkukuh aspek keselamatan pelajar di kawasan sekolah dan asrama selain membendung insiden tidak diingini termasuk kes buli.

“Pemasangan ini melibatkan sekolah-sekolah berasrama yang telah dikenal pasti berisiko tinggi termasuk yang mempunyai rekod kejadian buli dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Persaraan di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu 2025 di sini hari ini.

Beliau berkata pemasangan CCTV itu dilihat mampu membantu siasatan secara lebih menyeluruh kerana sebelum ini, banyak kes yang berlaku di kawasan sekolah dan asrama sukar dibuktikan.

Wan Hashim juga berkata penentuan jumlah dan lokasi pemasangan CCTV di setiap sekolah akan ditentukan mengikut keperluan dengan kerjasama pihak Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) dan PDRM bagi mengelakkan sebarang pelanggaran privasi khususnya melibatkan pelajar serta guru.

“Setiap sekolah berbeza… jadi, ia dibuat mengikut kesesuaian sekolah berkenaan dan mungkin ada yang perlukan lapan unit kamera atau 10 unit, ikut kesesuaian…kita akan rujuk nasihat daripada CGSO untuk tentukan pasang (CCTV) dari segi sudut yang sesuai,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: 29,177 murid Tahun 6 duduki UP-DLPS 6 bermula hari ini – Roland Sagah
Next: Kevin Lau gesa Kementerian Pendidikan semak semula dasar selepas kes buli dan rogol di sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.