Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • JPJ Miri keluarkan 116 notis ketidakakuran, sita empat kenderaan dalam operasi khas
  • JENAYAH

JPJ Miri keluarkan 116 notis ketidakakuran, sita empat kenderaan dalam operasi khas

Utusan Sarawak 8 hours ago
PERIKSA….Anggota JPJ ketika membuat pemeriksaan ke atas salah sebuah lori di sekitar Jalan Miri Bintulu, semalam.

MIRI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Miri telah mengeluarkan sebanyak 116 notis ketidakakuran atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam satu operasi khas di sini semalam.

Selain itu, empat kenderaan pelbagai jenis turut disita kerana melakukan kesalahan serius seperti cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans yang sah.

Menurut kenyataan JPJ Sarawak, Operasi Khas Gempur Kenderaan Perdagangan bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang di KM 7, Jalan Miri Bintulu.

“Operasi yang melibatkan pegawai dan anggota Unit Operasi JPJ Cawangan Miri itu telah memeriksa sebanyak 534 kenderaan. Daripada jumlah itu, 116 notis ketidakakuran dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

TIDAK TERLEPAS….Kelihatan beberapa motosikal bersama pemiliknya sedang dalam pemeriksaan oleh anggota JPJ di sini semalam.

“Empat kenderaan pelbagai jenis disita kerana melakukan kesalahan serius seperti cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans yang sah.

“Antara kesalahan utama yang direkodkan termasuk kesalahan teknikal kenderaan (29 kes), tiada lesen memandu (26 kes) dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi (24 kes),” katanya.

Tambahnya, semua pengguna jalan raya, khususnya pemandu kenderaan perdagangan, perlu sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Orang ramai diingatkan untuk memastikan lesen memandu dan cukai jalan masih berkuat kuasa bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

“Penguatkuasaan akan diteruskan secara berterusan bagi memastikan keselamatan jalan raya dan kesejahteraan pengguna sentiasa terpelihara,” tegasnya lagi.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Pelajar mati ditikam, polis jumpa dua senjata tajam
Next: Bau police calls for public assistant to eliminate drugs

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.