
LIMBANG: Seorang lelaki merayu bantuan orang ramai untuk menjejaki ibu saudaranya yang terpisah sejak lebih 20 tahun lalu.
Chung, 40-an, berkata beliau kali terakhir berhubung dengan ibu saudaranya, Au Kiam Lian, yang kini dipercayai berusia sekitar 70-an, beberapa dekad lalu dan sejak itu tidak pernah bertemu.
“Hubungan kami terputus sejak sekian lama. Alamat terakhir yang saya tahu ialah di Kampung Kuala Lintang, Trusan,” katanya kepada media hari ini.
Chung berkata, beliau berharap dapat menemui ibu saudaranya bagi menyelesaikan beberapa urusan rasmi dan dokumentasi berkaitan anak wanita itu, Chong Teck Leong, 54 tahun.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Au Kiam Lian diminta menghubungi beliau di talian 011-5893 5776.
Oleh Adeng Edrus