Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JKDM lancar MyCIEDS Zon Sarawak, perkukuh transformasi digital
  • TEMPATAN

JKDM lancar MyCIEDS Zon Sarawak, perkukuh transformasi digital

Utusan Sarawak 12 hours ago
JKDM lancar MyCIEDS bagi Zon Sarawak, tingkatkan transformasi digital kastam.

KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melancarkan Sistem Dokumen Sokongan Import dan Eksport Kastam Malaysia (MyCIEDS) bagi Zon Sarawak sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh agenda transformasi digital jabatan itu.

Menurut Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Wira Anis Rizana Mohd Zainudin, MyCIEDS merupakan sistem berasaskan web yang membolehkan pengguna mengaksesnya dari mana-mana peranti dengan sambungan internet tanpa perlu memasang perisian tambahan.

“Sistem ini menjadi platform pemudah cara penghantaran dokumen sokongan antara pegawai JKDM dan syarikat ejen penghantaran atau pengimport bagi setiap Borang Kastam yang diikrar melalui Sistem Maklumat Kastam (SMK).

“MyCIEDS mula beroperasi secara berperingkat sejak Januari 2025, dengan lebih 1,550 syarikat dan ejen penghantaran di seluruh negara telah berdaftar sebagai pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pelaksanaan sistem itu membawa pelbagai manfaat termasuk meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan ralat dan penipuan, serta meningkatkan ketelusan dan pemantauan masa nyata.

“Proses semakan dokumen yang sebelum ini dilakukan secara fizikal kini dapat dilaksanakan secara digital dan serentak oleh beberapa pegawai, mempercepat pelepasan barang dagangan.

“Sistem bersepadu ini juga membantu mengurangkan risiko kesilapan manusia dan membolehkan semua aktiviti serta dokumen dijejaki secara masa nyata.

“Dengan MyCIEDS, ejen penghantaran tidak perlu lagi menghantar dokumen secara fizikal ke pejabat kastam, sekaligus menjimatkan masa dan kos operasi,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua warga JKDM, agensi kerajaan, sektor swasta serta rakan strategik atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan pelaksanaan MyCIEDS.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Laluan Tebingan Kuching ditutup sempena Regata Sarawak 2025 dan Festival Tebingan Kuching 2025
Next: Yayasan Wakaf Malaysia cadang Sarawak bangunkan hospital wakaf sendiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.