Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Laluan Tebingan Kuching ditutup sempena Regata Sarawak 2025 dan Festival Tebingan Kuching 2025
  • TEMPATAN

Laluan Tebingan Kuching ditutup sempena Regata Sarawak 2025 dan Festival Tebingan Kuching 2025

Utusan Sarawak 11 hours ago
LOKASI penutupan jalan pemasangan khemah dan persiapan tempat.

KUCHING: Beberapa laluan utama di sekitar Tebingan Kuching akan ditutup secara berperingkat mulai 15 Oktober hingga 5 November 2025 sempena penganjuran Regata Sarawak 2025 dan Festival Tebingan Kuching 2025.

Penutupan dan lencongan jalan dilaksanakan bagi memastikan kelancaran perjalanan program serta pergerakan trafik sepanjang tempoh festival. 

Kerja pemasangan khemah dan persiapan tapak acara akan bermula pada 15 Oktober (Rabu) hingga 5 November (Rabu) melibatkan laluan dari Jalan Gambier ke Jalan Main Bazaar.

LOKASI penutupan jalan semasa majlis perasmian dan penangguhan Regata Sarawak 2025.

Bagi majlis perasmian Sarawak Regatta 2025 yang dijadual pada 25 Oktober (Sabtu) dari 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, penutupan akan melibatkan Lebuh Wayang ke Jalan Main Bazaar, Lebuh Temple ke Lebuh Wayang, susur lampu isyarat St Mary menghala ke Lebuh Wayang, dan susur Jalan Pearl ke Jalan Wawasan.

Manakala bagi majlis penangguhan pada 2 November (Ahad) dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang, penutupan jalan akan melibatkan Lebuh Wayang ke Main Bazaar, Lebuh Temple ke Lebuh Wayang, serta susur lampu isyarat St Mary dan Jalan Pearl ke Jalan Wawasan.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan sepanjang kawasan terlibat dan digalakkan merancang perjalanan lebih awal serta menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-259900.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Program Amal Deepavali 2025, semarak semangat perpaduan di Kuching
Next: JKDM lancar MyCIEDS Zon Sarawak, perkukuh transformasi digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.