Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 1 daripada 6 jangkitan biasa kalis terhadap antibiotik – Amaran WHO
  • GLOBAL

1 daripada 6 jangkitan biasa kalis terhadap antibiotik – Amaran WHO

Utusan Sarawak 19 hours ago
DATA yang dikemukakan oleh lebih 100 negara kepada Sistem Pemantauan Daya Tahan dan Penggunaan Antimikrob Global WHO menunjukkan peningkatan kekalisan terhadap antibiotik utama yang digunakan untuk merawat jangkitan saluran kencing, gastrousus dan aliran darah, serta gonorea.


GENEVA: Satu daripada enam jangkitan bakteria yang menyebabkan penyakit biasa di seluruh dunia pada 2023 didapati kalis terhadap rawatan antibiotik, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporan terbaharu yang memberi amaran tentang kebimbangan  kesihatan global yang semakin meningkat pada Isnin.

Antara 2018 hingga 2023, daya tahan terhadap antibiotik meningkat dalam lebih 40 peratus kombinasi patogen-antibiotik yang dipantau oleh WHO, dengan peningkatan tahunan antara lima hingga 15 peratus, menurut laporan itu.

Data yang dikemukakan oleh lebih 100 negara kepada Sistem Pemantauan Daya Tahan dan Penggunaan Antimikrob Global WHO menunjukkan peningkatan kekalisan terhadap antibiotik utama yang digunakan untuk merawat jangkitan saluran kencing, gastrousus dan aliran darah, serta gonorea.

“Daya tahan antimikrob berkembang lebih pantas daripada kemajuan perubatan moden, sekali gus mengancam kesihatan keluarga di seluruh dunia,” kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Laporan itu mendapati tahap kekalisan paling tinggi dikesan di rantau Asia Tenggara dan Mediterranean Timur WHO, dengan satu daripada tiga jangkitan yang dilaporkan adalah tahan antibiotik. E. coli dan Klebsiella pneumoniae yang kalis ubat, antara punca utama jangkitan aliran darah, kini menjadi ancaman terbesar apabila lebih separuh kes global tidak lagi memberi tindak balas kepada rawatan barisan pertama.

WHO menggesa negara memperkukuh sistem makmal dan berkongsi data berkualiti tinggi mengenai daya tahan antimikrob menjelang 2030.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Mayat lelaki Sepanyol ditemukan di pangsapuri selepas 15 tahun meninggal dunia
Next: Lebih 300,000 penduduk Gaza bergerak dari selatan ke utara susulan gencata senjata

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.