Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Sarawak mahu autonomi ambil doktor, jururawat – Dr Sim
  • KESIHATAN

Sarawak mahu autonomi ambil doktor, jururawat – Dr Sim

Utusan Sarawak 1 day ago
DR Sim Kui Hian ketika ditemui media selepas majlis penyerahan peralatan Unit Kardiak Hospital Bintulu, hari ini.

BINTULU: Kerajaan Sarawak akan mengadakan mesyuarat peringkat tinggi bagi membincangkan isu kekurangan lebih 11,000 petugas kesihatan di negeri ini serta keperluan memberikan autonomi kepada Sarawak dalam pengambilan doktor dan jururawat.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, mesyuarat itu akan diadakan di bawah Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Apabila kita rujuk kepada Kementerian Kesihatan (KKM), mereka kata tunggu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Bila jumpa JPA, mereka kata tunggu Kementerian Kewangan. Jadi kita asyik berlari ke sana-sini.

“Sebab itu kita mahu isu ini dibincangkan bawah MA63 supaya Menteri Kesihatan, Menteri Kewangan, Kementerian Ekonomi Malaysia (EPU) dan Peguam Negara boleh duduk semeja mencari penyelesaian.

“Jika Kerajaan Persekutuan tidak dapat melaksanakannya, beri kuasa kepada Sarawak untuk ambil petugas sendiri,” katanya.

Dr. Sim, yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata situasi kekurangan tenaga kerja kesihatan di Sarawak kini berada pada tahap amat kritikal.

Beliau mendedahkan terdapat hospital yang memerlukan sekurang-kurangnya 150 pegawai perubatan, namun hanya 80 orang yang bertugas, sekali gus menyebabkan peningkatan beban kerja dalam kalangan doktor dan jururawat.

Katanya, kerajaan Sarawak bersedia menampung kekurangan itu sekiranya kuasa pengambilan diberikan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), bagi memastikan keperluan tenaga kerja kesihatan dapat dipenuhi secara menyeluruh.

“Akhirnya, rakyat Sarawak yang menanggung akibat jika isu ini tidak diselesaikan. 

“Sebab itu, autonomi kesihatan bukan soal politik, tetapi keperluan untuk memastikan perkhidmatan kesihatan di Sarawak setara dengan Semenanjung,” tegasnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Unit Kardiak Hospital Bintulu permudah akses rawatan jantung di kawasan tengah Sarawak
Next: 6,000 pelajar dijangkiti influenza, sekolah diarah ikut garis panduan KKM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.