KUCHING: Kualiti udara di seluruh Sarawak kekal pada tahap baik dan sederhana dengan tiada kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 8.00 malam ini.
Berdasarkan pemantauan semasa, tujuh daripada 21 stesen mencatatkan bacaan IPU baik, manakala 14 stesen lain berada pada tahap sederhana.
Kawasan yang merekodkan bacaan baik ialah Sibu dengan IPU 49, Mukah (45), Miri (42), ILP Miri (48), Limbang (34), Lawas (46) dan Bario (48).
Sementara itu, Kuching mencatatkan IPU 55, Samarahan (66), Serian (68), Sri Aman (65) dan Sarikei (54), kesemuanya dalam kategori sederhana.
Turut merekodkan bacaan sederhana ialah Kapit dengan IPU 57, Bintulu (54), Samalaju (58), Lundu (58) dan Tebedu (74).
Lubok Antu pula mencatatkan IPU 66, Kanowit (65), Belaga (55) manakala Betong merekodkan bacaan 62.
Secara keseluruhan, bacaan berkenaan menunjukkan keadaan kualiti udara di Sarawak masih terkawal tanpa mana-mana stesen memasuki kategori tidak sihat.
Mengikut kategori IPU, bacaan antara sifar hingga 50 diklasifikasikan sebagai baik, manakala 51 hingga 100 dikategorikan sebagai sederhana.
Orang ramai disaran terus mengikuti perkembangan kualiti udara semasa melalui saluran rasmi dari semasa ke semasa.





