Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalan utama ke sekolah Bawang Assan terputus akibat hakisan tanah
  • Tengah
  • WILAYAH

Jalan utama ke sekolah Bawang Assan terputus akibat hakisan tanah

Utusan Sarawak 2 days ago

PERHATIAN…Penduduk diingatkan supaya berhati-hati ketika melalui kawasan jalan runtuh di Bawang Assan berikutan risiko keselamatan. Facebook Kevin Lau Kor Jie

SIBU: Jalan utama yang menghubungkan Sibu ke Sekolah Bawang Assan terputus sepenuhnya akibat hakisan tanah susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau Kor Jie berkata, kejadian itu berlaku berhampiran simpang masuk ke sekolah berkenaan dan telah menjejaskan pergerakan penduduk setempat, termasuk guru dan pelajar.  

“Penduduk yang melalui laluan ini dinasihatkan supaya berhati-hati dan elakkan menggunakan jalan tersebut buat sementara waktu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya hari ini.

Menurut beliau, pihaknya telah berhubung dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sibu untuk tindakan segera bagi membaik pulih jalan berkenaan.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 58 tahun kecemerlangan, SM Wong Nai Siong terus gemilang
Next: Batu Kitang constituency kicks off first neighbourhood community engagement 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.