Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit kekal stabil didorong optimisme pasca Belanjawan, imbangi pengukuhan dolar AS
  • BISNES

Ringgit kekal stabil didorong optimisme pasca Belanjawan, imbangi pengukuhan dolar AS

Utusan Sarawak 2 days ago
GAMBAR hiasan. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS hari ini berikutan pelabur terus cenderung terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu manakala perkembangan positif dalam negara selepas pembentangan Belanjawan 2026 membantu mengimbangi tekanan tersebut.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan tidak berubah pada 4.2200/2260 berbanding dolar AS daripada 4.2200/2260 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pembentangan Belanjawan 2026 baru-baru ini menunjukkan kerajaan terus mengekalkan disiplin fiskalnya, dengan defisit fiskal dijangka berkurangan lagi kepada 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2026 berbanding 3.8 peratus tahun ini.

“Mungkin akan terdapat sokongan untuk ringgit selepas mencatatkan pembetulan. Ringgit dijangka berada antara RM4.20 dan RM4.21 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Pada masa yang sama, katanya Indeks Dolar AS (DXY) berada pada trajektori yang lemah pada paras 98.978 mata, merosot 0.58 peratus pada Jumaat lalu selepas Presiden AS Donald Trump mengancam untuk menaikkan tarif import kepada 100 peratus ke atas semua eksport dari China ke AS.

Pada sesi pembukaan, ringgit rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 2.7756/7799 daripada 2.7618/7659 semasa ditutup pada Jumaat lepas, berkurangan berbanding pound kepada 5.6295/6375 daripada 5.6084/6164 dan menurun berbanding euro kepada 4.8960/9030 daripada 4.8838/8907.

Ringgit kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN. 

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.2524/2575 daripada 3.2494/2543 dan berkurangan berbanding baht Thailand kepada 12.9186/9457 daripada 12.8942/9184 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Bagaimanapun, ringgit mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 254.6/255.1 daripada  254.6/255.1 dan kekal tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.24/7.26 daripada 7.24/7.26.

-BERNAMA

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Belanjawan 2026 pacu prospek fiskal, ringgit dijangka mengukuh minggu depan
Next: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.