Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Kanak-kanak lelaki dari Samarahan maut akibat radang otak, positif influenza – KKM
  • KESIHATAN

Kanak-kanak lelaki dari Samarahan maut akibat radang otak, positif influenza – KKM

Utusan Sarawak 2 days ago
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM).

KUCHING: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dari Samarahan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 8 Oktober lalu akibat radang otak (ensefalitis).

Dalam kenyataan hari ini, KKM menyatakan bahawa melalui siasatan awal, kanak-kanak berkenaan mula mengalami demam panas pada 5 Oktober dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta sehari kemudian.

Namun, dalam perjalanan pulang dari klinik, mangsa mengalami sawan sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan.

“Oleh kerana keadaan pesakit yang kritikal, beliau telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU).

“Bagaimanapun, pesakit tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada 8 Oktober 2025,” kata kenyataan itu.

Tambah KKM, hasil siasatan awal mendapati punca kematian adalah ensefalitis yang boleh disebabkan oleh pelbagai jenis virus.

” Beberapa ujian makmal turut dijalankan, dan antara keputusan yang diperoleh menunjukkan pesakit positif Influenza,” katanya.

Bagaimanapun, KKM menjelaskan punca sebenar kematian masih dalam siasatan lanjut oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

KKM dalam pada itu menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap jangkitan Influenza, terutama ketika musim peningkatan kes.

“Secara umumnya, Influenza boleh pulih tanpa rawatan khusus. Namun individu yang mengalami gejala seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan atau keletihan dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran, terutamanya bagi kanak-kanak dan golongan berisiko tinggi,” menurut kenyataan sama.

KKM turut menekankan kepentingan rawatan awal bagi mengelakkan komplikasi serius, selain menggalakkan masyarakat mengamalkan etika batuk yang betul, menjaga kebersihan tangan, mengelak tempat sesak jika bergejala, serta memakai pelitup muka jika mengalami simptom jangkitan saluran pernafasan.

“KKM akan terus memantau perkembangan semasa dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengekang penularan jangkitan Influenza,” jelas kementerian itu.

Orang ramai dinasihatkan agar terus peka terhadap kesihatan diri dan keluarga serta mengamalkan langkah pencegahan kendiri bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Rawatan awal penting elak komplikasi serius akibat influenza – KKM
Next: Sarawak bakal miliki hospital kanser berasaskan AI menjelang 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.