Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Iraq musnahkan impian Indonesia ke Piala Dunia
  • SUKAN

Iraq musnahkan impian Indonesia ke Piala Dunia

Utusan Sarawak 4 days ago

Foto FB Iraq Football Association

JEDDAH: Harapan Indonesia untuk melakar sejarah mara ke Piala Dunia 2026 musnah selepas tewas 0-1 kepada Iraq dalam aksi terakhir Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia Pusingan Keempat, awal pagi tadi.

Dalam perlawanan sebelum ini pada 9 Oktober, Indonesia turut tewas tipis 3-2 kepada Arab Saudi.

Namun, kekalahan berturut-turut itu cukup untuk menguburkan peluang mereka ke kejohanan berprestij berkenaan.

Kekalahan tersebut menyaksikan skuad Garuda menamatkan saingan di tangga ketiga kumpulan dengan tanpa sebarang mata daripada dua perlawanan, sekali gus menutup peluang mereka untuk layak ke pusingan seterusnya.

Skuad Garuda dibarisi ramai pemain warisan hasil dasar naturalisasi sejak beberapa tahun lalu.

Namun, mereka gagal memanfaatkan kekuatan individu untuk menyaingi pasukan gergasi Asia seperti Arab Saudi dan Iraq.

Jurulatih Indonesia, Patrick Kluivert yang mengambil alih tugas daripada Shin Tae-yong dilihat gagal meneruskan legasi dan momentum cemerlang yang ditinggalkan oleh bekas pengendali Korea Selatan itu, apabila skuad kendaliannya gagal menampilkan prestasi konsisten dalam dua perlawanan penting itu. – Agensi

Continue Reading

Previous: Rachel tewaskan Aifa, mara ke pusingan kedua terbuka Silicon Valley
Next: KESETABB A dinobatkan juara Sepak Takraw @ Libas HSN 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.