Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Rachel tewaskan Aifa, mara ke pusingan kedua terbuka Silicon Valley
  • SUKAN

Rachel tewaskan Aifa, mara ke pusingan kedua terbuka Silicon Valley

Utusan Sarawak 3 days ago
Rachel Arnold (kiri) menewaskan Aifa Azman (kanan). Gambar Fail (Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara Rachel Arnold melangkah ke pusingan kedua kejohanan Terbuka Silicon Valley di Redwood City, Amerika Syarikat selepas menewaskan rakan senegara Aifa Azman, semalam.

Pada pusingan pusingan pertama berlangsung di SquashZone, pemain ranking ke-20 dunia itu tidak berdepan masalah untuk mengecewakan Aifa dengan keputusan 11-6, 9-11, 12-10, 15-13 dalam tempoh 39 minit.

Ujian sebenar bagaimanapun menanti Rachel pada pusingan kedua apabila bertemu dengan pemain ranking ke-10 dunia dari England, Georgina Kennedy yang sebelum ini pernah menewaskannya dalam pertemuan sulung pada Kejohanan Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) di Mesir tahun lepas.

-BERNAMA

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Terbuka Artik: Aaron-Wooi Yik tepati ramalan ke pentas akhir
Next: Iraq musnahkan impian Indonesia ke Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.