Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Eksklusif: Stacy sedang menerima rawatan di hospital pakar
  • SEMASA

Eksklusif: Stacy sedang menerima rawatan di hospital pakar

Utusan Sarawak 3 days ago
PENYANYI terkenal tanah air, Stacy Anam, kini sedang menerima rawatan di sebuah pusat rawatan pakar di bandar raya ini selepas dilaporkan dikejarkan ke hospital itu, malam tadi.

KUCHING: Penyanyi terkenal tanah air, Stacy Anam, kini sedang menerima rawatan di sebuah pusat rawatan pakar di bandar raya ini selepas dilaporkan dikejarkan ke hospital itu malam tadi.

Penyanyi asal Sabah itu, dibawa ke pusat rawatan pakar oleh sebuah ambulans sekitar 7.00 malam tadi.

Beliau sebelum itu dijadualkan membuat persembahan pada Konsert Rakyat sempena sambutan Hari Lahir ke-79 Yang di-Pertua Negeri Sarawak malam ini di Padang Merdeka, namun penampilannya terpaksa dibatalkan berikutan keadaan kesihatannya.

Stacy, atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 35, berasal dari Kampung Tuavon, Penampang, Sabah, mula dikenali selepas menjuarai Akademi Fantasia musim keenam (AF6) pada tahun 2008.

Antara lagu popular Ratu Tari Malaysia itu termasuk Aku Stacy, Pakai Buang dan Kisah Dongeng.

Beliau digelarkan sebagai Ratu Tari Malaysia kerana sering memberikan persembahan yang bertenaga serta kebolehannya dalam menjaga kestabilan vokal yang mantap ketika sedang menyanyi dan menari di atas pentas. Sebagai komposer dan penulis lirik, Stacy juga dikenali sebagai Bunga Cantik.

Setakat ini, punca Stacy mendapatkan rawatan belum dapat dipastikan.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Optimumkan peruntukan dalam Belanjawan 2026 – TPM Fadillah
Next: Gabungan CSO-SDG: Belanjawan 2026 langkah positif ke arah ekonomi hijau, inklusif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.