Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pearly-Thinaah mara ke pentas akhir Terbuka Artik
  • SUKAN

Pearly-Thinaah mara ke pentas akhir Terbuka Artik

Utusan Sarawak 4 days ago
BEREGU wanita utama negara Pearly Tan-M-Thinaah mara ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Artik 2025 di Vantaa, Finland. Foto Facebook Badmnton Association Malaysia (BAM)

KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M-Thinaah dipaksa bekerja keras dalam perlawanan tiga set sebelum berjaya menempah tiket ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Artik 2025 di Vantaa, Finland hari ini.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Vantaan Energia Areena, pasangan pilihan kedua kejohanan itu dikejutkan dengan kekalahan 22-24 pada set pertama kepada pasangan Taiwan Hsieh Pei Shan-Hung En Tzu.

Pearly-Thinaah bagaimanapun bangkit dengan persembahan lebih bertenaga untuk menguasai set kedua dengan kemenangan selesa 21-8.

Set penentuan menyaksikan saingan sengit antara kedua-dua pasangan, namun pengalaman dan ketahanan mental gandingan negara akhirnya menjadi pemisah apabila mereka memastikan kemenangan 21-17 untuk melangkah ke perlawanan akhir.

Kejayaan itu melebarkan rekod 2-0 tanpa kalah Pearly-Thinaah ke atas pasangan Taiwan berkenaan.

Pearly-Thinaah yang muncul naib juara pada edisi lepas dijadualkan bertemu gandingan Jepun Rin Iwanaga-Kie Nakanishi di perlawanan akhir esok.- Bernama

Continue Reading

Previous: Skuad bola sepak RANDO Sri Aman sedia gempur Karnival SCS 2025 di Kota Samarahan
Next: Pemain ranking ke-204 dunia Vacherot tumpaskan Djokovic, mara ke final ATP Masters pertamanya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.