Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak saksikan Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Negeri
  • SEMASA

Premier Sarawak saksikan Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Negeri

Utusan Sarawak 3 days ago
DATUK Amar Fadillah Yusof. Foto Jabatan Penerangan

PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Negeri bertempat di Astana Negeri Sarawak tengah hari tadi.

Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof mendahului senarai 1,372 penerima Anugerah Kebesaran Negeri Sarawak 2025 sempena sambutan Perayaan Hari Lahir ke-79 Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya itu dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Datuk Amar Bintang Kenyalang (D.A) yang membawa gelaran Datuk Amar.

DATO Sri Joseph Salang Gandum. Foto Jabatan Penerangan

Istiadat turut menyaksikan pengurniaan Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S.) yang membawa gelaran ‘Dato Sri’ kepada dua penerima iaitu Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Dato Sri Joseph Salang Gandum dan Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sarawak (SFCA), Dato Sri Richard Wee Liang Chiat.

DATO Sri Richard Wee Liang Huat. Foto Jabatan Penerangan

Lima individu pula menerima Darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K.) yang membawa gelaran ‘Datuk’, termasuk Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan Petros), Datuk Ibrahim Baki; Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), Datuk Henry Harry Jinep, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur, Datuk Majang Renggi serta Presiden Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA), Datuk Ik Pahon Joyik.

DATUK Henry Harry Jinep. Foto Jabatan Penerangan

Selain itu, sembilan individu menerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S.) yang membawa gelaran ‘Datu’, antaranya Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Adana Jed, Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak, Ir Dr Cassidy Morris, Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Awang Mohamad Fadillah Awang Redzuan dan Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Awang Zamhari Awang Mahmod.

DATU Ir Dr Cassidy Moris. Foto Jabatan Penerangan

Manakala 22 lagi individu dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S) yang membawa gelaran Dato.

DATUK Gerald Rentap Jabu. Foto Jabatan Penerangan

Antaranya ialah isteri Setiausaha Kerajaan Sarawak Datin Amar Baduyah Bujang, Datin Sri Angelina Celestine Ujang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh, ADUN Meluan Rolland Duat Jubin, ADUN Beting Maro Razaili Gapor, Ahli Parlimen Tanjong Manis Ir Yusuf Abd Wahab dan Setiausaha Sulit Kepada Premier Sarawak Ahmad Hazlan Ismawi.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kes dera kanak-kanak, dua beradik diberi perlindungan sementara JKM
Next: Optimumkan peruntukan dalam Belanjawan 2026 – TPM Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.