Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 5,000 ibu tunggal bakal terima bantuan guaman tuntut nafkah
  • SEMASA

5,000 ibu tunggal bakal terima bantuan guaman tuntut nafkah

Utusan Sarawak 4 days ago
UNTUK ALBUM… Dato Sri Nancy Shukri bersama tetamu kehormat yang lain bergambar bersama Program Sejahtera Madani dan Jelajah Jom Sihat Agenda Nasional Malaysia Sihat Bahagian Kuching, di Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak, hari ini. Foto Shahrul Qaizat

SANTUBONG: Seramai 5,000 ibu tunggal di seluruh negara bakal menerima bantuan guaman untuk memfailkan tuntutan nafkah terhadap bekas suami yang ingkar perintah mahkamah dengan Sarawak menjadi negeri pertama melaksanakan projek perintis berkenaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata inisiatif itu dilaksanakan bermula tahun ini bagi membantu golongan ibu tunggal miskin yang ditinggalkan tanpa nafkah walaupun mahkamah telah mengeluarkan perintah kepada bekas suami mereka.

“Kita sudah mula tahun ini sebagai projek perintis di Sarawak. Kerajaan memperuntukkan bantuan kepada 5,000 ibu tunggal untuk membantu mereka ke mahkamah menuntut hak nafkah daripada bekas suami yang ingkar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Sejahtera Madani dan Jelajah Jom Sihat Agenda Nasional Malaysia Sihat Bahagian Kuching, di Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak, hari ini.

Menurut beliau, program itu terbuka kepada semua kaum dan agama dengan kerjasama peguam-peguam bertauliah di luar kementerian bagi mewakili ibu tunggal di mahkamah.

“Kita bantu dari segi yuran guaman dan juga tambang perjalanan ke mahkamah bagi mereka yang tidak berkemampuan.

“Kes seperti ini sering menyebabkan tekanan mental dan kemurungan kepada ibu tunggal serta anak-anak mereka,” jelasnya.

Nancy berkata, projek tersebut akan diperluas ke seluruh negara selepas penilaian pelaksanaan di Sarawak selesai dan jumlah penerima akan ditambah sekiranya peruntukan tambahan diluluskan.

JELASKAN… Dato Sri Nancy Shukri ketika sidang media selepas Program Sejahtera Madani dan Jelajah Jom Sihat Agenda Nasional Malaysia Sihat Bahagian Kuching, di Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak, hari ini. Foto Shahrul Qaizat

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa kementeriannya turut menerima peruntukan RM5 juta bagi membina pusat perkhidmatan autisme, selain memperkukuh inisiatif mobiliti Orang Kurang Upaya (OKU) dengan penyediaan 100 van khas yang boleh memuatkan tiga kerusi roda setiap satu.

“Selain itu, dasar peluang kedua juga diperkenalkan untuk membantu golongan wanita termasuk 3,000 bekas banduan wanita yang tidak mendapat sokongan keluarga.

“Kami bantu dengan menyediakan peralatan dan modal asas agar mereka boleh memulakan kehidupan baharu,” katanya.

Mengulas mengenai Belanjawan 2026 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, Nancy menjelaskan bahawa belanjawan tersebut memberi isyarat jelas bahawa kerajaan memberi keutamaan kepada aspek kebajikan rakyat, khususnya wanita, keluarga dan masyarakat.

“Tahun ini kita akan menerima RM4.1 bilion berbanding 3.9 bilion pada tahun lepas, bermakna ada peningkatan. Ini sangat baik

“Kalau kita lihat, bajet kali ini benar-benar untuk rakyat. Ia bukan sekadar angka di atas kertas, tapi terus sampai kepada kumpulan sasar seperti ibu tunggal, OKU, warga emas dan bekas banduan wanita. Kita dapat rasa bagaimana ia meringankan beban mereka,” katanya.

Menurutnya, penambahan peruntukan kepada kementeriannya juga mencerminkan pengiktirafan kerajaan terhadap tanggungjawab besar yang dipikul dalam membantu masyarakat rentan di seluruh negara.

“Kementerian kami memang sering menjadi tumpuan apabila rakyat berdepan kesusahan. Jadi apabila belanjawan kali ini beri ruang lebih besar untuk program intervensi sosial, kita bersyukur kerana ia bantu kami laksanakan tugas dengan lebih berkesan,” jelasnya.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Fadillah dahului senarai penerima darjah kebesaran sempena Hari Jadi TYT Sarawak
Next: Kes dera kanak-kanak, dua beradik diberi perlindungan sementara JKM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.