Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ops Tapis Khas: Dua pemuda ditahan di Bintangor, positif dadah
  • JENAYAH

Ops Tapis Khas: Dua pemuda ditahan di Bintangor, positif dadah

Utusan Sarawak 17 hours ago
DITAHAN… Kedua-dua suspek ditahan oleh pihak polis, semalam. Foto IPD Meradong 

BINTANGOR: Dua lelaki berumur lingkungan 18 hingga 25 tahun ditahan oleh pihak polis semasa Ops Tapis Khas, semalam. 

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong menahan kedua-dua suspek di satu kawasan kampung dan dibawa balik ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Meradong untuk dibuat saringan air kencing. 

“Bintangor/1932/25 adalah berkaitan. Saringan awal air kencing dua orang suspek tersebut positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan akan didenda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini. 

Katanya, pihak polis IPD Meradong memandang serius kesalahan dadah di kalangan masyarakat. 

“Pihak kami tidak berkompromi dengan kesalahan dadah dan menggesa supaya masyarakat menyalurkan maklumat kepada kami berkaitan kegiatan dadah di Daerah Meradong menerusi talian 084-693222,” katanya. 

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Empat lelaki ditahan terlibat penyalahgunaan dadah di Saratok
Next: Empat lelaki ditahan positif dadah di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.