Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua cedera Perodua Axia langgar belakang bas di Jalan Kuching–Serian
  • KEMALANGAN

Dua cedera Perodua Axia langgar belakang bas di Jalan Kuching–Serian

Utusan Sarawak 5 days ago
KEADAAN kereta mangsa yang remuk teruk selepas melanggar bahagian belakang bas persiaran.

SIBURAN: Dua individu cedera selepas kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki mereka melanggar bahagian belakang sebuah bas persiaran di Batu 13, Jalan Kuching–Serian awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, panggilan kecemasan mengenai insiden itu diterima pada 4.30 pagi, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan dikerahkan ke lokasi.

Komander operasi, PBK I Sim Mun Chai, berkata sebaik tiba pada 4.57 pagi, pasukan mendapati pemandu kereta telah berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan bomba, manakala penumpang wanita berusia 32 tahun masih tersepit di tempat duduk hadapan.

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menggunakan peralatan khas penyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. 

“Kedua-dua mangsa lelaki berusia 28 tahun dan wanita berusia 32 tahun cedera dan dihantar oleh Unit EMRS ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut,” katanya.

Tambah beliau, hasil siasatan awal mendapati kereta terbabit melanggar bahagian belakang bas persiaran yang tidak membawa penumpang.

Operasi dikawal sepenuhnya 5.16 pagi dan tamat lima minit kemudian selepas kerja-kerja flushing minyak serta pembersihan sisa kemalangan selesai dijalankan.

Oleh Amanda L.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Seorang cedera, tujuh terselamat dalam kemalangan di Pan Borneo Sri Aman-Serian
Next: Wanita alami detik cemas selepas kaki tersepit di celah besi penutup longkang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.