Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan disaran tambah pembinaan rumah e-Kasih di luar bandar
  • TEMPATAN

Kerajaan disaran tambah pembinaan rumah e-Kasih di luar bandar

Utusan Sarawak 15 hours ago
HAMDAN Gapar dari Kampung Angus, penerima Rumah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS). Foto Liong Chai Ling

MIRI: Kerajaan disaran menambah bilangan pembinaan Rumah Sejahtera di bawah program e-Kasih bagi membantu lebih ramai keluarga luar bandar yang masih tinggal di kediaman usang dan tidak selamat didiami.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus, berkata banyak rumah di kawasan luar bandar kini berada dalam keadaan ‘tidak dapat dibaiki’ dan memerlukan binaan baharu sepenuhnya.

“Sebab itulah kita sangat mengharapkan agar kerajaan menambah bilangan untuk kes-kes rumah e-Kasih ini.

“Ada rumah yang memang di luar tidak boleh dibaiki lagi. Satu-satunya cara ialah membina rumah baharu. Mudah-mudahan kerajaan dapat mempertimbangkan untuk menambah bilangan kes rumah e-Kasih ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan dua unit rumah baharu di Bekenu hari ini.

Dalam dua majlis berasingan, Rosey menyerahkan replika kunci Rumah Bantuan Ehsan Kebakaran (BEKR) kepada Fatimah Sepawi di Kampung Dagang, serta replika kunci Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) kepada Hamdan Gapar di Kampung Angus.

Menurut Rosey, kemudahan seperti ini penting bagi memastikan rakyat yang kehilangan tempat tinggal atau tinggal di rumah daif mempunyai kediaman yang selamat dan selesa.

Sementara itu, dua penerima bantuan rumah tersebut menzahirkan rasa syukur dan gembira atas keprihatinan kerajaan negeri menyediakan tempat berteduh yang lebih selesa dan selamat untuk keluarga mereka.

FATIMAH Sepawi dari Kampung Dagang yang menerima Rumah Bantuan Ehsan Kebakaran (BEKR). Foto Liong Chai Ling

Fatimah Sepawi dari Kampung Dagang yang menerima Rumah Bantuan Ehsan Kebakaran (BEKR), berkata bantuan tersebut amat bermakna kerana dapat meringankan beban keluarganya selepas kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran.

“Saya sangat gembira. Dengan adanya bantuan ini, dapatlah kami sekeluarga berteduh semula. Terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan wakil rakyat kami, Datuk Rosey yang sentiasa prihatin dengan nasib rakyat,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak selepas majlis penyerahan kunci rumah baharu, hari ini.

Sementara itu, Hamdan Gapar dari Kampung Angus, penerima Rumah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) turut melahirkan rasa syukur dan terharu menerima bantuan tersebut.

“Gembira tak terkata. Terima kasih kepada semua yang terlibat,  terutama kerajaan Sarawak. Rumah ini amat bermakna buat kami sekeluarga,” ujarnya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lebih RM700 juta diperuntukkan untuk rangsang aktiviti pelancongan
Next: Program VTP terima RM5 juta, manfaatkan 1,015 peserta luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.